Negeri lain patut ikut Kelantan operasi cegah pakaian tak sopan

Kerajaan bertanggungjawab memberikan kefahaman kepada rakyat beragama Islam untuk menutup aurat, sama ada lelaki atau perempuan agar menghayati ajaran Islam sebenar.

Justeru, tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) mengadakan operasi cegah pakaian tidak menutup aurat kepada wanita Islam di Kelantan diakui selari dengan kehendak Allah, kata Ahli Parlimen Kemaman, Tuan Che Alias Hamid.

Beliau berkata, tindakan yang diambil adalah mengikut Enakmen Kanun Jena yah Syariah Negeri Kelantan 1985, Seksyen 5(1), dan dilakukan secara berhikmah kerana tidak mengaibkan seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Peraturan menutup aurat dan menjaga maruah seorang Islam juga adalah arahan yang telah difardukan oleh Allah.

“Penjagaan maruah bukanlah hanya pada pakaian semata-mata, bahkan merangkumi setiap perbuatan dan perkataan seorang muslim. Maruah juga bukanlah hal yang boleh dijual beli, tetapi ia terbina dari sifat taqwa dalam diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, JAHEAIK mengeluarkan notis hadir sesi khidmat nasihat kepada 39 wanita dikesan berpakaian tidak sopan dalam operasi dijalankan sekitar daerah itu.

JAHEAIK memberi teguran secara lisan kepada lapan individu terhadap kesalahan berpakaian tidak sopan.

Selain itu, Tuan Che Alias menggesa negeri-negeri lain untuk menteladani Kelantan dalam mencegah amar makruf nahi mungkar.

“Diharapkan negeri-negeri lain mencontohi Kelantan dengan mengutamakan pendekatan secara mendidik, dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berpakaian sopan lebih-lebih lagi di bulan mulia ini.” katanya.

sumber; ismaweb

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*