Connect with us

Uncategorized

Semua Benda Baik YAng Kita Buat Pasti Ada P3nghal4ng,Seperti Wanita ini Sanggup Masuk ISlam Walau Tidak Diberi Nafkah Keluarga – Sumber Maklumat Media

Published

on

Semua Benda Baik Yang Kita Buat Pasti Ada Penghalang,Seperti Wanita ini Sanggup Masuk ISlam Walau Tidak Diberi Nafkah Keluarga

Pada saat dia memilih Islam sebagai pegangan hidup, Ayana Jihya Moon diduga dengan t3ntangan keluarga. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat dan kepercayaan Ayana terhadap Allah SWT sebaliknya menambah membuatkan dirinya semakin mahu mendalami agama suci ini.

Terdetik hati untuk memeluk Islam pada tahun 2012, anak kepada seorang pemimpin politik di Korea Selatan ini mengakui cara hidup Islam menerbitkan dimensi baharu buat dirinya dan membawa kebaikan itu di dalam negara kelahiran dan juga luar negara.

Ujar Ayana, “Saya mula tertarik dengan Islam sejak kecil lagi sebab jatuh cinta dengan kebudayaan Timur selepas mempelajari tentang Timur Tengah sehingga menarik perhatian saya untuk memeluk Islam. Alhamdulillah, pintu hati saya terbuka untuk menerima Islam pada tahun 2012.

Hidup sebagai seorang Muslimah di Korea sangat mencabar. Sukar untuk saya dapatkan pekerjaan hanya kerana saya berhijab. Jika ditawarkan pekerjaan pun kebanyakannya bersangkut paut dengan perkara haram untuk dilakukan antaranya termasuklah perlu mengambil minuman beralkohol mengikut budaya masyarakat di sana.”

Terbaru, menerusi entri Ayana di Instagram… gadis mualaf yang cukup terkenal di Indonesia mengimbas kembali memori suka duka sebelum dikenali ramai.

“Masih terbayang lagi saat pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia. Waktu itu saya hanya mampu tinggal di guest house dan bukan hotel. Sebab tak cukup duit. Sebenarnya, duit simpanan masih ada tapi terpaksa berjimat untuk keperluan akan datang.

Lebih-lebih lagi masa itu saya masih belajar. Lepas saya bertekad mahu meninggalkan Korea, tak dinafikan mak dan ayah rasa sangat sedih. Disebabkan keputusan saya itulah mereka berhenti memberikan duit kepada saya. Sudahnya, segala keperluan sepanjang berhijrah termasuk perbelanjaan makan minum dan tiket penerbangan ditanggung sendiri dengan baki duit yang ada. Cepatnya masa berlalu…

Alhamdulillah, sekarang saya dah berkemampuan untuk pergi dan tinggal di mana saja.”

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:Cara Mohon

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!