Connect with us

Uncategorized

“Henti cakap saya kembar Mira Filzah, saya Juara Dewi Remaja 2022”- Sumber Maklumat Media

Published

on

“Henti cakap saya kembar Mira Filzah, saya Juara Dewi Remaja 2022”- Tracie Sinidol

Semua sedia maklum, pencarian bakat remaja wanita, Dewi Remaja 2022 baru sahaja melabuhkan tirainya malam Sabtu lalu dan Tracie Sinidol, anak kelahiran Sabah telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bgi program tersebut.

Menurut laporan Kosmo, Tracie yg juga merupakan peranakan Murut dan Dusun memaklumkan, dia tidak menyangka penglibatannya dalam Dewi Remaja telah memberi satu peluang baharu kepadanya sehingga berjaya meraih sebagai juara program tersebut.

 

Malah, hasil kejayaannya itu, dia mahu berdiri dengan menggunakan namanya kerana ramai yg mengatakan bahawa wajahnya seiras dengan pelakon terkenal, Mira Filzah.

“Terima kasih atas kemenangan ini, saya dah cipta gelaran baharu. Henti ckp saya kembar Mira Filzah. Sekarang saya berdiri dengan gelaran sendiri, Tracie Juara Dewi Remaja 2022.

Ujarnya, dia mengakui semenjak orang mengenalinya yg memiliki wajah mirip seperti Mira, dia mendapat banyak tawaran peluang pekerjaan.

Pun begitu, dia enggan untuk menerima kelebihan tersebut kerana tidak mahu menumpang populariti daripada Mira Filzah dan perlu mencipta nama dengan menggunakan identitinya sendiri.

“Bukan tak suka dikaitkan, saya tak nafikan ada kelebihan apabila orang gelar saya kembar Mira, contohnya diberi tawaran kerja. Tetapi saya tak nak nama tenggelam dan orang ingat saya kerana Mira. Saya perlu ada identiti sendiri,” katanya.

Sekadar info, sebagai pemenang bgi program Dewi Remaja 2022, Tracie membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta sebuah trofi.

Bee merangkul tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000, manakala Kimberly di tempat ketiga (RM5,000) dan Alyssa di tempat yg keempat (RM1,000)

Sumber: oh my media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!