Connect with us

Uncategorized

Hasrat jumpa Ustazah Asma’ termakbul, Ifa Raziah menangis terharu -“Nak masuk syurga” – Sumber Maklumat Media

Published

on

Hasrat jumpa Ustazah Asma’ termakbul, Ifa Raziah menangis terharu -“Nak masuk syurga”

Baru-baru ini, penyanyi sensasi, Ifa Raziah meluahkan rasa sebak dan terharu apabila dia akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ifa di laman TikToknya, dia kelihatan terkejut lalu menangis sebaik sahaja menerima kunjungan daripada Ustazah Asma’ Harun di sebuah bilik.

@ifa_raziah
#ustazahasmaharun #missdiva @ustazahasmaharun #ifaraziah #maaf #terpalingjuara #playlistajl #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas

♬ original sound – MissDivaifaraziah – MissDivaifaraziah

Difahamkan, Ifa sudah lama menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ tidak menyangka pihak Dexandra telah merancang untuk melakukan kejutan buat dirinya.

“Saya nak sangat jumpa ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa.
“Sebenarnya saya okay sahaja kalau nak menegur, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya minta maaf,” ujar Ifa.


Malah, perjumpaan tersebut itu juga adalah bertujuan untuk menjernihkan kembali keadaan yang sebelum ini Ustazah Asma’ pernah menegur Ifa mengenai hukum agama.

Ujar Ustazah Asma’, beliau tidak mahu sebarang salah faham berlaku di antara mereka dan mahu hubungan yang baik terjalin tanpa persengketaan.

“Kita akan jadi tak tenang bila ada masalah dengan seseorang, walaupun kita buat benda yang baik tapi guna cara tidak baik, ia tak akan beri ketenangan dalam jiwa,” kata Ustazah Asma’.

Bagusnya Ifa, sangat bagus layanan yang diberikan!

Susulan itu, menerusi perjumpaan tersebut Ifa dan Ustazah Asma’ sudah memohon maaf andai selama ini pernah mengguriskan hati mana-mana hati pihak dan berharap apa yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen sebak serta kagum akan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Ifa yang menghormati Ustazah Asma’.

Sejuk hati tengok Ifa, semoga ini menjadi asbab untuk berubah!

Malah, netizen turut mendoakan agar pertemuannya bersama pendakwah yang disegani ramai itu menjadi salah satu asbab supaya Ifa berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Sumber: oh my media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!