Connect with us

Uncategorized

Tak nak berlakon aksi ranjang, Zahiril Adzim tolak tawaran Hollywood – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tak nak berlakon aksi ranjang, Zahiril Adzim tolak tawaran Hollywood

Meletakkan prinsip agama dalam lakonan.Pelakon Zahiril Adzim menolak tawaran daripada sebuah produksi Hollywood tanpa berfikir panjang.

Ini kerana dia diperlukan untuk menjayakan babak ranjang di atas katil sekali gus melanggar syariat sebagai seorang beragama Islam menurut laporan Kosmo! Online,

“Saya pernah menolak tawaran lakonan dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas dan sudah lupa judulnya.

“Baru sahaja membaca skrip, belum apa-apa sudah ada babak intim atas katil yang memerlukan saya…

“…dan pelakon wanita berbogel separuh badan. Terus saya ucap selamat tinggal,” kata pelakon berusia 38 tahun itu.

Zahiril berkata, dia mempunyai impian untuk ke pentas dunia seperti Hollywood tetapi tidak akan melanggar hukum agama hanya disebabkan kerjaya lakonannya.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tetapi jika diberi peluang siapa yang tidak mahu. Namun jika kerja itu meminta untuk melawan hukum Allah, saya rela tolak,” ujarnya.

Tambah pelakon filem Terbaik Dari Langit itu, kerjaya sebagai anak seni memerlukan pelbagai risiko bagi menjayakan watak tetapi menegaskan dia tetap dengan pendiriannya.

“Ya, seorang pelakon sepatutnya perlu lakukan apa sahaja demi watak. Bergantung kepada pelakon itu sendiri.

“Bagaimanapun, saya ada agama dan prinsip sendiri. Saya tidak akan sesekali ketepikan perkara tersebut,” kongsinya.

Untuk rekod, Zahiril mendirikan rumah tangga dengan aktres Shera Aiyob pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki Nadi Anaqi yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Zahiril Adzim

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!