Connect with us

Uncategorized

“Kesan gigitan penuh satu badan..” Wanita 29 tahun ditemui mati diserang anjing liar. Salam takziah buat keluarga – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Kesan gigitan penuh satu badan..” Wanita 29 tahun ditemui mati diserang anjing liar. Salam takziah buat keluarga

SEMPORNA: Seorang wanita ditemukan mati dengan pelbagai kesan kecederaan dipercayai akibat diserang anjing liar, berhampiran simpang Kampung Batu dekat sini pada Ahad lalu.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa adalah wanita tempatan berusia tahun 29 ditemukan tertiarap dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Terdapat banyak kesan gigitan haiwan pada tubuh badan mangsa termasuk pada bahagian belakang badan, paha kanan, lengan kanan dan kepala disyaki digigit anjing liar

“Hasil bedah siasat yang dijalakan oleh pakar forensik daripada Hospital Queen Elisabeth mengesahkan punca kematian disebabkan oleh pendarahan yang banyak akibat gigitan haiwan dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya menerusi kenyataan media sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan atau Majlis Daerah Semporna sekiranya melihat atau mengesan kehadiran anjing liar.

“Sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian ini boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai, Balai Polis Semporna, Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 089-782020,” katanya.

“Anjing liar ni merbahaya. Kalau kita tak attack pun dia kejar jugak. Masa lalu dekat anjing mmg rasa jantung nk tercabut. Jln mcm biasa walaupun dia ikut laju2 kat belakang. Kalau budak2 yg xtau pape jumpa lari kena kejar lg bahaya. Penah nmpk klip video cctv budak kecik kena kekah dgn anjing kat kepala.” – Ah As

“Saya hr2 pegi kj ,melalui jln yg mmg port anjing liar selalu ada,terpaksa patah balik jln lain ,dr jauh dia dh menyalak dh,semoga pihak berwajib ambil la tindakan,nk gi kj pun x tenang,ank sy pun pernah diserang anjing liar,nasib ada org awam yg membantu,area skudai” – Mawar

“Dkat tmn kami pun ada ajing klau nmpat org ja dia akan kjar ajing x bertuan dah report pun x dak tindakan pun klu dah ada org yg cedera atau pun mati baru la nk ambil tindakan..” – Zuwayda

Sumber:BH

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!