Uncategorized
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah

Kalau Anak Ada 5 Tanda Ini, Mereka Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Tersilap didikan, buruk padahnya. Namun kadang-kala tanpa sedar, ada perbuatan ibu-bapa yang sebenarnya telah membawa kepada sikap negatif anak-anak malah menjadikan Anak Mula Jadi ‘Raja’ Pada Mak Ayah
Jom semak 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah. Awas jika ada pada anak anda ! Ternyata mereka sudah menjadi RAJA dalam diam. Jika dibiarkan, parah jadinya. Apabila besar nanti, ditakuti anak-anak ini sudah hilang rasa hormat kerana selama ini mereka yang mengawal ibu-bapa.
Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.
5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya :
1. Mak ayah mula jadi overprotective
Anaknya tak boleh disentuh dan taknak anak susah langsung!
Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.
Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti
2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.
Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.
3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan.
Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak.
Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.
4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis
Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis.
Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.
Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!
5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya
Inilah 5 Tanda Anak Mula Jadi RAJA Pada Mak Ayah
Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak.
Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya
Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.
Tanda Anak Mula Jadi ‘Raja’ Pada Mak Ayah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana
Sumber : Taufiq Razif via siakapkeli
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis