Uncategorized
Ayah Puteri Balqis Sudah Ditahan Polis. Ketua Polis Subang Beritahu Ada Satu Barang Yg Dirampas Dari Ayah Balqis – Sumber Maklumat Media

Ayah Puteri Balqis Sudah Ditahan Polis. Ketua Polis Subang Beritahu Ada Satu Barang Yg Dirampas Dari Ayah Balqis
Bapa se0rang pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak kandungnya itu ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, ketika mengesahkan perkara itu, berkata tangkapan ke atas suspek dilakukan pada jam 2.25 petang.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan di mana suspek ditahan.
“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.
“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Azlan berkata suspek dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman dan majistret membenarkan lelaki itu direman tujuh hari sehingga 12 September ini untuk siasatan.
Semalam, Wan Azlan dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada pelakon remaja berusia 15 tahun itu pada jam 10.55 malam, kelmarin.
Katanya, pelakon remaja itu dalam laporan polisnya menyatakan dia diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikannya.
Selain itu, mangsa juga sering dipertontonkan dengan video lucah dalam telefon bimbit bapa kandungnya. Kejadian itu berlaku sejak 2013 sehingga 2017.
Menurut Wan Azlan mangsa turut menyatakan kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia enam tahun, ketika itu mereka tinggal di kawasan Subang Jaya dan kejadian berlaku semasa ibunya tiada di rumah.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.
Baru-baru ini, pelakon remaja itu mendedahkan sikap buruk bapanya ketika ditemubual dalam satu program di YouTube.
Pelakon remaja itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis