Connect with us

Uncategorized

Ibu muda bawa anak masuk hutan sejak usia 4 bulan! Tak takut m4khluk h4lus, pended4han gajet lebih bah4ya – Sumber Maklumat Media

Published

on

Ibu muda bawa anak masuk hutan sejak usia 4 bulan! Tak takut m4khluk h4lus, pended4han gajet lebih bah4ya

Menggelarkan dirinya sebagai ‘gadis hutan’ menerusi video yang dikongsi di laman sosial, wanita itu kelihatan selesa menyusukan anaknya di laluan trek.Bukan biasa-biasa apabila seorang ibu menyusukan anaknya di dalam hutan.

Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Adilah Suhailin Kamaruzaman mengakui dirinya sering membawa masuk anak lelaki yang berusia setahun dan empat bulan ke dalam hutan.

“Bila gadis hutan dah jadi mak. Angkut anak masuk hutan sekali,” menurut keterangan video sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Ibu berusia 29 tahun itu turut dilatih oleh bapanya untuk masuk ke hutan sejak kecil selain sebelum ini melakukan kajian mengenai hidupan li4r ketika mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Zoologi di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Saya mula bawa anak masuk hutan buat jungle trekking sejak usianya empat bulan. Sekarang ni setiap bulan wajib masuk hutan bersama anak.

“Masa mula-mula tu saya bawa dia masuk kejap je. Dari 30 minit ke 45 minit, selepas tu sejam dan sekarang paling lama sampai dua jam kami dalam hutan,” katanya kepada mStar.

Tangkap layar video yang dikongsi Sue Kz di TikTok.

Lebih dikenali sebagai Sue Kz, dia bagaimanapun mempunyai alasan setiap kali membawa anaknya masuk ke hutan yang turut disertai suaminya.

“Sejak ada anak, saya nak ded4hkan dia kepada alam semula jadi dan kurangkan skrin (penggunaan gajet) dengan membawanya keluar dari rumah.

“Saya bukanlah kaki hiking tapi adalah conservationist (pemulihara) alam. Saya biasakan pended4han anak dengan hutan supaya dia cintakan alam semula jadi, dan jadi tahan lasak,” ujarnya yang berasal dari Besut, Terengganu.

Sue Kz mahu anaknya membiasakan diri dengan alam semula jadi.

Malah, suri rumah itu juga pernah membawa anaknya ke perkampungan Orang Asli dekat Tasik Chini, Pahang dan bermalam selama dua hari ketka menjadi sukarelawan bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk program anak-anak Orang Asli.

Menurut Sue Kz, anaknya menyusu badan sepenuhnya sekali gus memudahkan pergerakan mereka setiap kali masuk ke hutan.

“Kami bukan masuk hutan bertiga bersama suami, tapi akan pastikan kami dah biasa dengan hutan tu terlebih dahulu dari segi tahap keselamatan dan ris1ko bah4ya.

“Paling penting kawasan hutan yang child friendly (mesra kanak-kanak). Maksudnya tiada bin4tang bu4s dan tiada kecur4man yang membah4yakan di sepanjang laluan,” tambahnya.

Suami sentiasa menemani Sue Kz dan anak masuk ke hutan.

Ditegur netizen mengenai kebimbangan terhadap makhluk h4lus, wanita itu sebenarnya lebih takut dengan pengaruh media sosial yang tidak baik boleh mempengaruhi anaknya.

“Setiap kali masuk hutan, kami akan baca doa untuk pelindung diri. Secara peribadi, saya sebenarnya tak takut h4ntu dalam hutan, dan rasa pended4han gajet lebih bah4ya.

“Dalam tak sedar, kesan (gajet) membuatkan anak-anak mudah berdamping dengan ‘h4ntu’ yang kini menjadi trend seperti Huggy Wuggy, Mommy Long Legs dan Siren Head, sehingga anak-anak memuja ‘h4ntu-h4ntu’ ini. Benda-benda ini yang lebih mer0sakkan anak-anak,” tambahnya.

Aktiviti masuk ke hutan menjadi kebiasaan buat Sue Kz, suami dan anak.

Sue Kz turut bersyukur kerana anaknya tidak meragam setiap kali mereka masuk ke hutan sekali gus memudahkannya untuk menyusu.

“Anak tak menangis bila masuk hutan. Setiap kali kami berehat, anak yang dah boleh berjalan boleh main daun dan kenal spesies tumbuhan lain.

“Sebenarnya anak lebih mudah menangis apabila masuk shopping mall, mungkin kerana ramai orang… macam di kenduri dia mudah menangis sebab tak selesa” katanya.

Komen Netizen:

Sumber: http://www.sinarviral.com/

Jangan lupa untuk ikuti kami di Page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!