Connect with us

Uncategorized

Masyaallah,Kekuasaaan Allah “Bayi Perempuan Yang Dibuang Dalam Longkang Diselamatkan Sekumpulan Kucing” – Sumber Maklumat Media

Published

on

Masyaallah,Kekuasaaan Allah “Bayi Perempuan Yang Dibuang Dalam Longkang Diselamatkan Sekumpulan Kucing”

Seorang b4yi perempuan yg berusia lima hari yg ditemui di dalam sebuah longkang di Mumbai, India berjaya diselamatkan dan kini menerima rawatan di hospital, lapor portal Suara.com.

Doktor di hospital Rajawadi memaklumkan kepada BBC bahawa kesihatan b4yi itu kini masih sedang dipantau dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut polis, penduduk tempatan telah menemui b4yi itu selepas sekumpulan kucing berkumpul dan mula membuat bising di sekeliling b4yi berkenaan.

Pihak polis dilaporkan masih lagi giat menyiasat berkenaan bagaimana b4yi tersebut boleh berada di longkang terbabit.

Mereka masih belum dapat membuat sebarang spekulasi mengenai motif pelaku, namun berdasar daripada kes-kes sebelum ini, pembuangan b4yi perempuan kebiasaannya dilakukan apabila ibu bapa kecewa kerana tidak dikurniakan anak lelaki ketika semasa bersalin. Budaya tersebut dilaporkan masih lagi wujud di India.

Insiden tersebut telah meraih perhatian warganet di media sosial. Gambar yg diambil oleh polis Mumbai ketika di tempat kejadian memaparkan pegawai polis sedang memegang b4yi yg baru lahir itu dibalut dengan kain putih.

Twetter

Insiden serupa yg membabitkan b4yi perempuan ini sudah menjadi perkara yg kebiasaan di India.

Dua tahun lalu, seorang b4yi yg baru lahir telah ditemui tertimbus hidup-hidup di dalam periuk tanah di bandar Bareilly, di Uttar Pradesh.

Pada musim sejuk 2016, seorang b4yi telah ditemui ditinggalkan dalam beg plastik tanpa pakaian di ibu negara India, Delhi.

Dan pada bulan Jun lalu, seorang pengendali bot di Uttar Pradesh telah meraih pujian selepas dia menyelamatkan seorang b4yi perempuan yg ditemui terapung di dalam kotak kayu di Sungai Gangga.

Aktivis menyatakan bahawa keutamaan rakyat India untuk mendapatkan anak lelaki telah menyebabkan berjuta-juta janin berjantina perempuan digugurkan sejak beberapa dekad lalu.

Bekas Perdana Menteri Manmohan Singh menyifatkan bahawa keadaan itu sebagai ‘aib negara’ dan menyeru untuk ‘perang suci’ bagi menyelamatkan b4yi perempuan.

Tidak lama selepas mengambil alih kuasa pada 2014, Perdana Menteri Narendra Modi merayu kepada rakyat India untuk berhenti membunuh anak perempuan mereka.

Sumber : Siakap Keli

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!