Uncategorized
Penduduk Terkejut Bila Sebuah Masjid Muncul Di Sungai. Mereka Masuk Dalam Masjid Dan Ini Yg Mereka Nampak – Sumber Maklumat Media

Penduduk Terkejut Bila Sebuah Masjid Muncul Di Sungai. Mereka Masuk Dalam Masjid Dan Ini Yg Mereka Nampak
Sebuah masjid yang dipercayai tenggelam tiga dekad yang lalu dilaporkan muncul semula akibat kesan kemarau dan air yang semakin surut di Empangan Phulwaria di Bihar, Nawada, India, lapor media Kashmir pada Rabu.
RAKAMAN VIDEO PERTEMUAN MASJID TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI
Memetik The Express Tribune, orang ramai mendakwa nama masjid tersebut adalah Masjid Noori yang ditenggelami air selepas Empangan Phulwaria dibina pada tahun 1985.
Ketinggian masjid tersebut dari tanah hingga kibah atas dianggarkan kira-kira 30 kaki.
Menurut laporan, kemunculan masjid tersebut telah menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk setempat dan ramai belia dilihat berpusu-pusu menuju ke kawasan tersebut untuk melihatnya
Sebelum ini, mereka hanya dapat melihat air sahaja yang berada dalam takungan tersebut namun terkejut apabila mendapati sebuah masjid muncul dari dasar secara tiba-tiba.Belia di kawasan tersebut dilihat meredah lumpur dan selut untuk sampai ke tembok bangunan lama itu.
Difahamkan, orang ramai yang masuk ke dalam masjid tersebut terkejut melihat keadaan bangunan itu yang masih kukuh dan tidak ada sedikit pun kerosakan pada strukturnya walaupun telah tenggelam selama beberapa dekad .
Terdahulu, ketika air di empangan sedang mula surut dan sebahagian daripada kubah kelihatan, penduduk setempat masih belum dapat meneka objek sebenar kubah masjid tersebut. Kini, masjid tersebut sudah semakin jelas kelihatan apabila air semakin surut.
Menurut akhbar berita The Express Tribune, masjid ini telah wujud sebelum kerja-kerja pembinaan Empangan Phulwaria lagi yang bermula pada tahun 1979. Masjid tersebut dikatakan sudah tidak lagi digunakan sehingga pembinaan empangan itu siap.
Ramai yang mendakwa bahawa masjid ini telah dibina pada awal abad ke-20 juga dianggarkan telah berusia lebih kurang 120 tahun.
Kesimpulan itu dibuat selepas melihat seni bina kubah masjid tersebut yang dilihat lebih tajam dibandingkan dengan kubah yang dibina pada zaman Mughal.
Tonton Video : https://youtu.be/8sJeSkprL64
Sumber:Siakap keli
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis