Uncategorized
Sharifah Amani Selamat Bernikah. Rupanya Suami Dia Bukan Biasa Biasa – Sumber Maklumat Media

Sharifah Amani Selamat Bernikah. Rupanya Suami Dia Bukan Biasa Biasa
Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P. Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Dengan sekali lafaz, pelakon, Sharifah Amani kini sah bergelar isteri kepada Ahmed Faris Amir dalam sebuah majlis tertutup di sebuah premis acara di ibu negara sekitar pukul 10.16 pagi tadi.
Pada majlis berkonsep rona putih yang dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Tangsi Tujuh, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani bersyukur perancangan hari bahagia sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.
“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah,” katanya.
Berkongsi mengenai keperibadian suami, Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid, 36, mengakui amat tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris, 34.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.
“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘gila-gila’ dan terbaik,” katanya yang tidak menolak andai dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.
Antara rakan yang hadir pada majlis pernikahan mereka termasuklah, Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.
Jun lalu, pemegang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 menerusi filem Gubra pada 2006, bertunang dengan Ahmed Faris yang juga merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Sharifah Amani berkongsi foto memaparkan cincin di jari manis dan kelibat jejaka dipercayai tunangnya.
Sumber : K! Online
Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis