Uncategorized
Isteri2 buat kejutan, Ashraf Muslim dapat pesanan atas kek “Jaga hati ok!” – Sumber Maklumat Media

Isteri2 buat kejutan, Ashraf Muslim dapat pesanan atas kek “Jaga hati ok!”
Satu hantaran dimuat naik oleh pelakon, Ashraf Muslim mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram.
Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, pada mulanya dia hanya menyangka bagi melakukan sesi bersantai dengan anak-anak sempena cuti persekolahan.
Menerusi hantaran tersebut, Ashraf tidak menyangka menerima kejutan daripada dua isterinya Noor Dayana dan Wan Sakinah ketika berkelah di sebuah lokasi air terjun.
“Happy birthday to me! Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua orangg bangun nak pergi berkelah.
“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah,” tulisnya hari ini.
Bercerita lanjut, Ashraf kemudian baru terfikir akan nasibnya yang mengangkut pelbagai barang untuk ‘memanjat’ ke lokasi sebelum menyedari tentang tujuan kedua-dua isterinya.
“Angkatlah barang2 semua gigih naik tangga. Duduk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam2 barang dibawaknya.
“Haa.. sampai je kat atas setup2 tempat makan dan terkejut bila mama ibu (panggilan kedua-dua isteri) setupkan semua ni untuk saya,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu mengucapkan terima kasih kepada isteri-isterinya kerana menjayakan kejutan itu dan mendoakan yang baik-baik buat mereka.
“Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday saya ke 41 ni. Dah tua dah. Huhuhu. saya doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat.
“Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” ujarnya lagi.
Pada kejutan itu, dia menerima sebiji kek dengan kata-kata bertulis ‘Happy birthday ayah! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jaga hati ok! We love you AYAH!’.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen meninggalkan ucapan hari jadi selain mendoakan Ashraf dipanjangkan usia serta bahagia menjalani kehidupan bersama keluarga.
Selamat hari lahir!
Semoga dilimpahkan rezeki
Ayat ‘jaga hati’ tu deep
Pesanan atas kek tu comel
Untuk rekod, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Dia kemudian menikahi Wan Sakinah pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Sumber: oh my media
Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis