Connect with us

Uncategorized

Kutip Kangkung Tepi Parit, Bayi 3 Bulan Hanya Menyusu Air Gula Tak Mampu Beli Susu – Sumber Maklumat Media

Published

on

Kutip Kangkung Tepi Parit, Bayi 3 Bulan Hanya Menyusu Air Gula Tak Mampu Beli Susu

Masihkah kita ingat memori hitam dua tahun lalu, di mana secara tiba-tiba satu dunia menjadi panik dengan Pandemik Covid-19? Tidak boleh pergi kerja, hilang sumber pendapatan, tidak mampu beli susu anak, anak-anak tidak boleh bersekolah seperti biasa, pergerakan terhad, dan bermacam-macam lagi. Sehinggakan ada kempen mengangkat bendera putih kepada mana-mana rumah yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan keluarganya lagi dari segi makanan khususnya.

Kisah pilu ini, ingin dikongsikan kepada anda untuk ikhtibar bersama.

Rumah Perumahan Cantik, Tapi Dalam Serba Kekurangan

Tiada siapa sangka kawasan perumahan yang boleh dikatakan sebagai tempat tinggal bagi golongan yang mampu, rupa-rupanya menyimpan seribu satu kisah duka bagi keluarga Ibrahim. Kudrat lelakinya yang masih tersisa seakan-akan tidak berguna dalam sekelip mata kerana tidak ada sumber pekerjaan lagi lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi membendung penularan virus Covid-19.

Beliau masih ada isteri, anak, dan cucu di rumah untuk diberi makan, tetapi pengharapanya menemui jalan buntu. Walaupun motor yang digunakan untuk beliau berulang-alik dari tempat kerja ke rumah, sedikit perkakasan dapur, dan televisyen telah dijual untuk menyara ahli keluarga, ianya masih belum mampu untuk mencukupkan perut 15 orang tanggungan.

“Duit motor saya gunakan untuk bayar wang sewa rumah RM 400 sebulan. Dan saya bayar 3 bulan terus kerana saya takut jika dihalau keluar. Di mana kami nak tinggal?”, katanya dengan keadaan hiba.

Ketika ditanyakan, duit sewa rumah masih tertangguh sebulan yang belum dibayar kerana ketiadaan wang lagi. Rumah yang di dudukinya ini merupakan pertolongan ihsan dari seorang sahabat yang mencarikannya tempat tinggal. Katanya lagi, jika beliau yang sendiri menemui, dan berunding dengan tuan rumah sudah pasti tidak akan diterima sebagai penyewa di rumah dua tingkat tersebut.

Satu Rumah Ada 15 Orang Tinggal Bersama Termasuk Anak, dan Cucu

Dikurniakan 10 orang anak, dan 2 orang cucu, Ibrahim terpaksa bekerja keras untuk menanggung semua perbelanjaan isi rumah. Walaupun sebelum PKP, menurutnya masing-masing dalam ahli keluarganya itu keluar untuk bekerja.

Makan Bubur Setiap Hari Untuk Jimat Beras

Mendapat ihsan sekampit beras 2 kg dari seorang jiran yagng prihatin dengan nasib Ibrahim sekeluarga tetapi ianya sudah tentu masih belum cukup untuk keluarga besar ini.

“Beras 10 kg, dua kali dimasak, sudah habis. Saya perlu masak pagi, tengah hari, dan petang.” Itulah yang diucapkan oleh isteri Ibrahim selaku suri rumah yang mengelola hal-hal rumah tangga. Tugasnya menyediakan makanan untuk keluarga ini semakin sukar berbanding dahulu kerana untuk mengisi perut setiap seorang bukanlah mudah.

Justeru dengan bahan mentah yang terhad, mereka masih terpaksa untuk berjimat-cermat. Makan nasi bubur tanpa berlauk itulah makanan harian keluarga Ibrahim.

Ibrahim berkata, “Tak kira dewasa atau kanak-kanak. Saya beritahu kepada isteri, masak bubur sahaja supaya jimat, yang penting kami semua ada tenaga. Makan bukan untuk kenyang tetapi sekadarnya agar dapat meneruskan kehidupan.”

Selain itu, Ibrahim juga kadang-kala rajin mengutip kangkung-kangkung liar di tepi parit untuk dijadikan lauk kerana mereka tiada telur, ikan, dan jauh sekali ayam untuk di makan.

Anak Menangis Tidak Henti Kerana Tak Mampu Beli Susu

“Jiran tanya, kenapa budak-budak tak tidur?”

“Saya hanya jawab tidak tahu. Walaupun saya tahu anak-anak yang masih kecil tidak henti menangis kerana mereka laparkan susu. Saya sendiri tak mampu beli susu”, kata Ibrhim.

Kadang bapa dari 10 orang anak ini mengambil gula, dan di campurkan bersama air kosong sahaja untuk diberikan kepada anak yang masih kecil supaya kenyang.

Apa yang boleh beliau usahakan untuk memastikan kehidupannya tidak bertambah susah selain mencari pekerjaan, dan bantuan, beliau akan memastikan anak-anak selalu di mandikan agar tidak terkena kotoran lalu sakit.

Malah sepanjang ditemu ramah, Ibrahim dan isterinya hanya memakai mask dari kain buruk kerana kemelut ekonomi yang melanda sehingga dia terpaksa mendahulukan perkara yang penting sahaja.

Kehidupan mengajar kita untuk sentiasa bersyukur, dan bersabar dengan apa yang ditakdirkan. Dalam hidup berjiran binalah semangat kejiranan yang erat antara satu sama lain agar kita mampu mewujudkan masyarakat majmuk yang saling bantu-membantu.

Sumber: Majalah Ilmu

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!