Uncategorized
Lampu isyarat merah, pemuda sempat ‘cari pahala’ beri anjing makan! Anak buah ded4h siapa dirinya sebenar – Sumber Maklumat Media

Lampu isyarat merah, pemuda sempat ‘cari pahala’ beri anjing makan! Anak buah ded4h siapa dirinya sebenar
Menerusi satu video yang dirakam oleh seorang pemandu kereta sebelum dikongsi di media sosial, tindakan lelaki itu dihujani pujian di ruangan komen dengan orang lain digalakkan melakukan perkara sama.Berbuat baik tak kira di mana sahaja, termasuk di persimpangan lampu isyarat.
Sementara menunggu lampu hijau, seorang penunggang motosikal memberi makan kepada seekor anjing yang sedang berkeliaran di pembahagi jalan.
Seekor anjing berada di persimpangan lampu isyarat
Berkongsi cerita kepada mStar, individu yang merakam video tersebut, Muhammad Nur Hakim A Karim berkata, ketika itu dia sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Seremban Gateway di Seremban, Negeri Sembilan pada petang Ahad.
Menurut lelaki berusia 22 tahun itu, dia membuat rakaman secara spontan apabila penunggang motosikal berkenaan membawa pek makanan kucing yang besar.
“Masa tu pukul 1.47 petang, saya dalam perjalanan dari Seremban 2 ke Palong 12, Gemas sebab nak hantar anak ke asrama.
“Mulanya saya pandang rider tu bawa makanan kucing dalam keadaan hujan gerimis. Nampak tangan dia masuk dalam bakul, saya saja rakam sebab memang suka tengok orang beri makanan kat haiwan,” katanya ketika dihubungi.
Anjing berkenaan menikmati makanan yang diberikan oleh penunggang motosikal
Lebih dikenali sebagai Akimkarim, katanya, penunggang motosikal itu dilihat mengambil satu bekas yang lebih kecil mengandungi makanan kucing dan memberikannya kepada anjing.
Bapa kepada dua anak yang berasal dari Seremban itu turut memberitahu bahawa tindakan lelaki tersebut wajar dijadikan contoh dalam konteks bersedekah.
“Pada pandangan saya, apa yang dilakukan oleh rider tu adalah sangat baik kerana dapat menyampaikan sesuatu yang baik kepada masyarakat kita sekarang.
“Walaupun haiwan itu sekadar seekor anjing jalanan, kita memberikannya makanan itu tetap dianggap sebagai sedekah,” ujarnya yang merupakan penjual alat ganti kereta.
Antara komen netizen
Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok mengakui penunggang motosikal itu adalah bapa saudaranya dan tindakannya memberi makanan kepada haiwan merupakan satu kebiasaan.
“Pak Lang saya tu. Dia memang suka bagi makan dekat anjing dan kucing yang homeless (haiwan jalanan). Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.
Sumber:Sinar viral press
Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis