Connect with us

Uncategorized

‘Solat Lima Waktu’ – Syarat Utama Untuk Diterima Bekerja Di Sabasun Hyperuncit – Sumber Maklumat Media

Published

on

‘Solat Lima Waktu’ – Syarat Utama Untuk Diterima Bekerja Di Sabasun Hyperuncit

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabasun Hyperuncit, Che Salmi Ibrahim berkata, kriteria tersebut merupakan asas bagi membentuk jati diri dan kemajuan pekerja itu sendiri.

Tidak meninggalkan solat wajib lima waktu, merupakan syarat utama untuk bekerja di Syarikat Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd.

“Selain itu, kita juga sentiasa adakan program kerja dalam kumpulan untuk menanam kepercayaan dalam satu pasukan, yang mempunyai satu fikiran dan satu hati sekali gus dapat memacukan lagi perniagaan Sabasun,” katanya.

“Antara syarat utama dikemukakan masa temu duga adalah tidak meninggalkan solat lima waktu. Itu syarat utama.

“Staf Sabasun yang kesemuanya berjumlah 500 orang adalah bumiputera.

Menurutnya, dengan adanya penekanan solat dalam kalangan pekerja secara tidak langsung dapat melahirkan pekerja yang jujur dan amanah.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Che Salmi berkata, syarikat itu bakal membuka perniagaan di luar Terengganu.

“Buat masa ini kami hanya beroperasi di Terengganu. Insya-Allah Mac tahun depan kami akan berkembang di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Baru,” katanya.

SEJARAH RINGKAS.

Perniagaan ini diasaskan oleh Haji Che Ibrahim bin Haji Abdul Kadir dan Hajah Saleha binti Mohammad sebagai Pengerusi, dan anak-anak mereka iaitu Che Salmi bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Urusan, dan Che Salman bin Haji Che Ibrahim sebagai Pengarah Operasi. Ditubuhkan pada 2 April 1995 dengan nama Sabasun Sdn Bhd.Pada awal operasi, tenaga kerja hanya seramai 8 orang dan terdiri dari ahli keluarga terdekat.

Bermula dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan 2 unit kaunter bayaran, Sabasun bermula dengan pusingan modal sebanyak RM 150,000.00. Dengan pengenalan konsep “Harga Muroh Sokmo” atau “Always Low Price”.

Sabasun mula dikenali sebagai kedai menjual barangan keperluan harian dan bulanan pada harga yang sangat murah, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan “KEDAI HARGA PALING MURAH” di Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada setiap waktu dan masa operasinya.

Dengan pengenalan konsep tersebut, nama Sabasun Sdn Bhd mula meniti di bibir masyarakat umum. Secara langsung, keperluan untuk membesarkan ruangan kedai dan menambah bilangan kaunter bayaran daripada 2 unit kepada 4 unit, dan seterusnya kepada 8 unit terpaksa dilakukan bagi menampung bilangan pelanggan yang semakin meningkat.

Pada tahun 2000, pihak Sabasun mula membeli tanah di sebelah bangunan asal, yang seluas 20,000 kaki persegi. Pada tahun berikutnya, bangunan baru (yang ada sekarang) dibina menjadikan luas keseluruhan ruang jualan menjadi 37,000 kaki persegi. Pada tahun yang sama juga, Sabasun Sdn Bhd didaftarkan menjadi Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd.

Perkataan HyperRuncit yang diambil dari perkataan “hyper” dan “runcit” yang membawa konsep menyediakan ruangan jualan dan pilihan barangan yang sama seperti hypermarket tetapi masih lagi mengekalkan sentuhan “kedai runcit” tempatan, di mana layanan dan pilihan jenis barangan adalah berdasarkan kepada permintaan dan keperluan masyarakat tempatan.

Dengan penambahan ruangan jualan tersebut, Sabasun turut menambah bilangan kaunter pembayaran menjadikan jumlah keseluruan adalah 23 unit. Jumlah keseluruhan tenaga kerja pada ketika itu adalah 180 orang warga bumiputera Melayu Islam tempatan dan 54 orang promoter bertugas.

Ruangan tempat letak kereta juga turut ditambah dengan menyewa dan menambun tanah paya di kawasan belakang bangunan yang ada sekarang, yang dapat memuatkan dari 150 hingga 200 buah kereta dalam satu masa yang mewakili 60% dari ruang tempat letak kereta keseluruhannya. Untuk memudahkan semua pelanggan, kawasan tanah tersebut telah diturap sepenuhnya. Sebuah surau dan tandas awam turut disediakan untuk kemudahan awam.

Pada tahun 2010, Sabasun telah menukar satu-satunya gelanggang futsal miliknya di Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu kepada cawangannya yang kedua. Premis itu mula beroperasi pada 30 Ogos 2010. Keluasan ruang perniagaan di cawangan kedua ini hanya 30% berbanding ruang niaga di premis induk, dan hanya mempunyai 80 orang tenaga kerja pada masa tersebut.

Namun pada tahun yang seterusnya, permintaan yang semakin bertambah berikutan oleh penigkatan sokongan yang berterusan dari masyarakat tempatan, Sabasun menambah ruang jualan di cawangan Wakaf Tembesu sebanyak 50% dari ruang yang asal. Pertambahan ruang jualan ini sekaligus menjadikan keseluruhan pekerja di Sabasun berjumlah lebih 350 orang.

Sabasun HyperRuncit juga turut mempunyai 3 buah anak syarikat yang berfungsi melengkapkan lagi kemudahan sedia ada yang terdapat di premisnya.

Sumber:Media Islam

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!