Uncategorized
(Video) Hampir sejam tunggu order, rider tanya bila siap, peniaga m4ki dan b4ling dengan botol kaca – Sumber Maklumat Media

(Video) Hampir sejam tunggu order, rider tanya bila siap, peniaga m4ki dan b4ling dengan botol kaca
Video berdurasi hampir seminit menunjukkan wanita terbabit menghamburkan kata-kata kesat terhadap pengadu di hadapan beberapa pelanggan dan penghantar makanan yang lain dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Cheras.
Tular di TikTok, seorang peniaga wanita melemparkan kata-kata kesat dan caci maki terhadap penghantar makanan yang didakwanya tidak boleh bersabar.
Difahamkan, pengadu telah lama menunggu peniaga itu menyiapkan pesanan pelanggan. Namun, kira-kira 50 minit sudah berlalu, pesanan tersebut masih belum disiapkan membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertanya kepada peniaga bila pesanan pelanggannya akan disiapkan.
Berang dengan pertanyaan pengadu, peniaga ‘naik angin’ dan memarahi pengadu disusuli dengan kata-kata kesat. Menyedari pengadu membuat rakaman video, dia terus berang lalu membaling botol sos ke arah pengadu.
Pengadu: “Sudah 50 minit, bukan tak tunggu”
Peniaga: “Tu banyak rider Grab pun, takde kecoh macam kau!”
Pengadu: “Apa kecoh? Sudah 50 minit saya tunggu?”
Peniaga: “Tak payah nak rakam-rakam lagi! (Baling botol sos) Anjing! Kau nak rakam lagi ha!
Tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati beberapa individu di lokasi kejadian yang kemudian menasihatkan dia untuk bertenang dan tidak bertindak di luar batasan.
“Biasa saya dah tahu perangai dia, so saya pun tak bising. Ni tanya jer, cakap saya kecoh. Lagipun saya tanya je sebab order belakang rider number 604 sudah siap. Nombor saya 603 dah siap ke belum? Dia dah mengamuk, dah tinggikan suara. Saya sound baliklah dia,” kata pengadu.
Tonton video : https://www.tiktok.com/@tiktokgraphyofficial/video/7141798540799511834?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Di media sosial, netizen mengecam sikap panas baran yang ditonjolkan wanita berkenaan. Malah, mereka turut menggesa orang ramai memboikot peniaga tidak beradab seperti itu.
“Saya pun vendor. Kalau rider dah berderet tunggu, memang risau sangat. 50 minit dah boleh dapat 3 ke 4 order bagi diorang,” kata Selyna.
“Nasib rider bang. Tanya order kena marah, hantar makanan lambat pun kena marah. Entah siapa yang salah,” kata Rayd.
“Aduhai kak, saya pun berniaga. Tertunggu-tunggu order masuk dari Grab atau Panda. Dapat satu pun Alhamdulillah. Akak berderet orang tunggu, akak layan diorang macam tu pulak,” kata Anggerik.
Sumber: CELEVILLAGE.COM
Jangan ketinggalan untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH1 year ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis