Uncategorized
Umur Baru 9 Taahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam. Subhanallah, Siap Berserban Di Masjid – Sumber Maklumat Media

Umur Baru 9 Taahun Minta Izin Ibu Untuk Peluk Islam. Subhanallah, Siap Berserban Di Masjid
Kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.
Hidayah itu milik Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).
Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.
Baru-baru ini, Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.
Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.
Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.
Namun, jawapan ibunya sangat mengejutkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.
“Tak semua ibu menyokong anaknya memeluk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal menerusi sebuah perkongsian lain.
Kanak-kanak itu kini telah menukar namanya daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil dan mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada minggu lepas.
Hari ini, Bilal memuat naik sebuah lagi posting menunjukkan Muzammil bersama ibunya memberi bantuan kepada seorang warga emas dengan cara menghantar bekalan makanan kepadanya. Baik sungguh hati Muzammil dan ibunya.
Suka membantu orang lain dalam kesusahan. Bertuah sungguh, kecil-kecil lagi Allah sudah diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Allahuakbar. Semoga menjadi anak yang soleh!
Sumber: Instagram @qaribilal786 via majalah-harian.com
Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH12 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH11 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis