Connect with us

Uncategorized

Tak Mahu Terus Bersedih, Bekas Isteri DDNK Mula Buat Tuntutan Di Mahkamah. Dimulai Hadhanah – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tak Mahu Terus Bersedih, Bekas Isteri DDNK Mula Buat Tuntutan Di Mahkamah. Dimulai Hadhanah

Tak mahu terus bersedih, bekas isteri DDNK mula buat tuntutan di mahkamah. Dimulai tuntutan hadhanah. Jika pasangan pengantin baru berkahwin menikmati hari-hari bahagia tapi nampaknya situasi berbeza dialami oleh pakar pelaburan saham, Datuk Dr Nazri Khan yang terpaksa berhadapan dengan k3caman netizen setiap hari.

Apa saja tindakan pasangan ini termasuk tindakan terbaru pasangannya, Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari menghempas bantal ketika bertemu Caprice, ia juga masih menerima k3caman hinggakan DDNK meminta agar isteri barunya itu tidak diganggu kerana masih muda dan pelajar. Namun ia masih belum mampu meredakan hati netizen kala ini.

Di sebalik kontroversi perkahwinan masih di puncak, bekas isterinya, Hasmawatie wajar dikalungkan pingat keberanian kerana tak terus menangis sebaliknya sudah bangkit berjuangkan hak-haknya.

Hak seorang ibu, hak seorang bekas isteri dan pastinya ada banyak lagi tuntutan bakal dibuatnya.

Pagi tadi, di sebalik rayuan DDNK agar jangan meng3cam isterinya kerana masih muda dan pelajar, Watie sudah pun “bersilat” di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dengan memulaikan tuntutan hadhanah bersama peguamnya, Mardziah Kassim.

Kongsinya

Alhamdulillah. Proceeding case hadhanah selesai hari ini. Syukur Allah memudahkan urusan. Terima kasih semua yang telah mendoakan.
Hal ini dikongsikan di fb miliknya, Atielia De Sams dan ia menerima sokongan dari wanita-wanita yang bersimpati dengan nasib dialaminya.

Ini mungkin permulaan tuntutannya kerana sebelum ini di fb sama, dirinya menulis

“Aku diam untuk aku reveal di mahkamah”.

Di sebalik perkahwinan bekas suaminya itu, ramai juga tertanya-tanya tentang pernikahan tersebut kerana menurut dakwaan Watie, surat cerai mereka belum dikeluarkan lagi.
“Kalau nikah satu lagi di hotel, saya nak tanya siapa bagi kebenaran bernikah sedangkan sijil cerai saya pun belum release lagi dari pejabat agama?

Jelas ia menimbulkan berbagai persoalan kerana antara syarat dan prosedur dokumen jika pemohon adalah seorang duda, beliau perlu mengemukakan surat cerai (jika bercerai hidup dengan pasangan terdahulu) atau surat mati (jika bercerai mati dengan pasangan terdahulu).

Apa pun buat wanita di luar sana yang diuji dengan masalah begini, jangan terus menangis sebaliknya cepatlah memperjuangkan hak-hak anda. Menangis tak akan buat bekas suami kembali semula, mendiamkan diri juga tidak menguntungkan anda. Jadi bangkitlah kerana wanita itu sangat istimewa.

Sumber: Mingguan Wanita / Jawatan kosong 2022

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!