Uncategorized
Ibu Pelekeh Guru Tunggang Basikal, Dakwa Bagi Contoh Tak Baik Buat Anaknya.“Anak saya naik BMW sejak dia lahir. Awak adalah seorang guru dan awak naik basikal. Apa yang akan dia fikir?” – Sumber Maklumat Media

Ibu Pelekeh Guru Tunggang Basikal, Dakwa Bagi Contoh Tak Baik Buat Anaknya.“Anak saya naik BMW sejak dia lahir. Awak adalah seorang guru dan awak naik basikal. Apa yang akan dia fikir?”
Seorang ibu di China mengejek seorang guru kepada anaknya kerana dianggap ‘terlalu miskin’ untuk membeli kereta kerana hanya menunggang b4sikal ke sekolah.
Keadaan itu telah memberikan contoh yang tidak baik sehingga menyebabkan anaknya berfikir bahawa pelajaran adalah perbuatan yang sia-sia. Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mendapat kritikan hebat daripada netizen.
Tangkap layar perbualan antara ibu bapa dan guru tersebut tular dengan orang ramai mengecam sikap ibu tersebut yang dianggap materialistik, sombong dan biadap.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada Jun lalu ketika seorang guru bernama Wang sedang menunggang b4sikalnya menuju ke tempat kerja dan terserempak dengan seorang budak lelaki dari sekolah. Mereka berbalas salam dengan sopan dan meneruskan perjalanan.
Walau bagaimanapun, apabila Wang tiba di pejabatnya dan memeriksa kumpulan guru dan ibu bapa di aplikasi WeChat, dia perasan terdapat mesej ganjil dari ibu kepada budak tersebut.
“Cikgu Wang, kamu jangan naik b4sikal lagi, lebih baik kamu beli kereta,” tulis ibu itu dalam ruangan kumpulan sembang yang mempunyai 58 ahli termasuk ibu bapa dan guru lain.
“Terima kasih ibu Rongrong kerana prihatin, tapi menunggang b4sikal berikan pengalaman yang luar biasa kepada saya. Lebih-lebih lagi rumah saya tidak begitu jauh,” balas Wang.
Namun, ibu itu tetap berkeras dengan mengatakan akan menyusahkan jika hari hujan, jadi lebih baik kalau Wang membeli sebuah kereta.
“Kalau hujan, saya tak akan tunggang b4sikal. Saya akan berjalan sahaja ke sekolah dengan menggunakan payung,” balas Wang.
Memetik SCMP, pasa saat ini, ibu ini mula mendedahkan perkara yang sebenar mengapa dia mendesak guru tersebut untuk membeli kereta dan memandu ke sekolah.
“Anak saya naik BMW sejak dia lahir dan orang-orang disekelilingnya semua mempunyai kereta yang mewah. Awak adalah seorang guru dan awak naik b4sikal. Apa yang akan dia fikir?” jelasnya.
“Apa yang akan anak anda fikir dengan fakta saya menunggang b4sikal ke sekolah?” tanya guru kebingungan.
“Setiap hari saya suruh di belajar bersungguh-sungguh dan dia melihat cikgu hanya menunggang b4sikal ke tempat kerja, apa yang dia akan fikir?
“Dia pasti akan fikir menjadi seorang guru tidak mendatangkan hasil yang dan belajar adalah perkara yang sia-sia. Cikgu telah bekerja keras sepanjang hayat dan taraf hidup cikgu tidak sebaik anak saya.
“Dia telah mempunyai sebuah BMW sejak dari lahir untuk dia gunakan. Saya yakin dia tidak akan belajar dengan bersungguh-sungguh di masa akan datang,” tegasnya.
Tidak jelas sama ada guru itu membalas semula atau tidak kritikan yang dilontarkan, namun ibu bapa lain yang turut berada dalam kumpulan membidas wanita itu dan mempertahankan Cikgu Wang.
Sumber: siakapkeli
Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis