Connect with us

Uncategorized

MUNGKIN segelintir daripada anda belum mengenali siapakah pemilik 99 Speedmart? ia adalah milik seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ikuti kisah hidupnya – Sumber Maklumat Media

Published

on

MUNGKIN segelintir daripada anda belum mengenali siapakah pemilik 99 Speedmart? ia adalah milik seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ikuti kisah hidupnya..

Sejarah penubuhan 99 Speedmart bermula sebagai kedai runcit tradisional yang dikenali sebagai Pasar Raya Hiap Hoe diasaskan Lee Thiam Wah terletak di Tepi Sungai, Klang pada 1987.

Thiam Wah merupakan lelaki berkerusi roda yang dilahirkan pada 1964, dia disahkan menghidap polio dan lumpuh pada bahagian kaki pada usia lapan bulan. Bapanya, pekerja binaan dan ibunya merupakan penjaja. Mereka tidak mampu membiayai pengajian Thiam Wah, dan hanya bersekolah selama enam tahun.

Bagi mengisi masanya, dia banyak membaca buku yang dipinjam daripada jiran dan menjual makanan ringan di gerai tepi jalan.

Cabaran hidupnya penuh dengan keseedihan, dia sedar perlu membantu diri sendiri dan tidak ada sesiapa akan mengambilnya bekerja kerana kecacatannya.

Atas nekad dan semangatnya, dia mahu memajukan diri untuk masa depannya. Dengan wang simpanan sebanyak RM17,000 ketika berumur 23 tahun, Thiam Wah yang juga merupakan Pengarah Urusan 99 Speedmart berjaya membuka sebuah kedai runcit yang merupakan penanda permulaan kerjaya dalam sektor kedai runcit, iaitu Pasar Raya Hiap Hoe.

Pasar Raya Hiap Hoe terus berkembang dan kedai pertama yang menggunakan nama pertama ’99’ dibuka pada 1992 di Klang Utama iaitu Pasar Mini 99, dalam usahanya membangunkan kedai runcit berangkai.

Dengan usaha berterusan, Thiam Wah berjaya memperluaskan Pasar Mini 99 kepada lapan cawangan di Klang sehingga 1998.

Pada 2000, dengan peningkatan populariti kedai Pasar Mini 99, Thiam Wah menjenamakan semula kedai runcit itu kepada 99 Speedmart di Batu Belah, Klang dengan sasaran untuk menambah lebih banyak cawangan pada masa akan datang.

Sehingga kini, 99 Speedmart mempunyai cawangan ke-1,000 yang dibuka pada 2 Ogos 2017 di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor – Sinarharian

Biodata Penuh Lee Thiam Wah Pemilik Pasaraya 99 Speedmart

MUNGKIN segelintir daripada anda yang belum atau kurang mengenali mengenai disebalik siapakah pemilik 99 Speedmart? Kini, 99 Speedmart amat mudah dikenali dan telah banyak dibuka dimana-mana sahaja tempat berdekatan lokasi rumah anda.

Siapakah sebenarnya pemilik rangkaian mini market tersebut? Untuk pengetahuan anda, ia adalah milik seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikenali sebagai Lee Thiam Wah. Jom kenali biodata Lee Thiam Wah dibawah!

Biodata Penuh Lee Thiam Wah Pemilik Pasaraya 99 Speedmart:

Nama Penuh: Lee Thiam Wah
Asal: Malaysia
Agama: Buddha
Bangsa: Cina

Pertalian: Mempunyai 11 adik beradik
Pendidikan: Peringkat Sekolah Rendah Darjah 6
Kerjaya: Usahawan
Pencapaian: Merupakan Pemilik Pasaraya 99 Speedmart Sdn Bhd
Info Menarik:

-Merupakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU)
-Pendidikan hanya diperingkat sekolah rendah
-Tidak pandai bertutur berbahasa Inggeris
-Memiliki hampir 600 buah kedai 99 Speedmart di seluruh Malaysia
Jadi kepada anda yang caacat atau orang kurang upaya, jangan terus berseedih… orang lain boleh, anda sepatutnya pun boleh… all the best!

Sumber:ApaCerita Press

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!