Connect with us

Uncategorized

“Saya Sendiri Yang Tolong Suami Pegang Tangan Anak,” Nafsu Binatang Bapa Rogol Anak Umur 11 Tahun, Ibu Tergamak Tutup Mulut Sebab Takut Diceraikan – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Saya Sendiri Yang Tolong Suami Pegang Tangan Anak,” Nafsu Binatang Bapa Rogol Anak Umur 11 Tahun, Ibu Tergamak Tutup Mulut Sebab Takut Diceraikan

Gangguan seksual kanak-kanak ada kalanya dianggap isu remeh oleh segelintir orang yang tidak berapa mengendahkan hal tesebut. Lantaran itu kes bapa rogol anak yang bermula dari rumah sendiri semakin berleluasa ibarat lupa kata berhenti. Biasanya seorang ibu akan merelakan tubuhnya menjadi mangsa amarah seorang suami demi menjaga anak. Namun apa yang terjadi ini berbeza.

Ada yang sepatutnya menjadi perlindung tetapi ia lebih memilih untuk menjadi manusia yang menyanjung tinggi nafsu serakahnya. Remuk hati seorang anak bila mana kedua-dua insan yang dikasihi, dan dipertanggungjawabkan menjadi insan yang melindungi sebaliknya dialah musuh dalam selimut yang menghancurkan masa depan mereka. Kisah bapa rogol anak sendiri ini tentu bakal membuatkan anda terdiam seribu bahasa.

Ibu sepatutnya jaga kakak… bapa rogol anak ugut ceraikan isteri
bapa rogol anak

“Saya yang tolong pegang tangan anak untuk suami ikat hujung katil. Dan saya pegang hujung kaki anak saya untuk suami londehkan seluar dalam dia,” ujar seorang ibu menerusi panggilan telefon. Mendidih darah di kepala sejurus mendengar pengakuan itu.

Sebenarnya, ini adalah suami kedua atau perkahwinan kedua si ibu tersebut. Sebelum ini hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan seorang anak perempuan yang sekarang sudah pun berumur 11 tahun.

Diberi tiga pilihan oleh suami, isteri pilih terlibat dalam aktiviti durjana

Pilihan pertama, membenarkan si suami tidur dengan anak itu. Pilihan kedua, beri kebenaran suami tengok anak sedang tidur. Atau pilihan ketiga, si isteri diceraikan. Bagaikan tersepit, isteri ini pun kerana kegusaran yang tinggi untuk “menjanda” buat kali ketiga, dia lebih memilih untuk membenarkan dari menyelamatkan anak kandungnya itu.

Lantaran sedar akan perangai pelik suaminya yang kelihatan bernafsu kepada anak perempuan berumur 11 tahun semenjak peristiwa “hitam” itu, si ibu akhirnya menelefon Suzana Ghazali, perunding psikologi keluarga dan guaman syarie.

Kisah ini disampaikan sendiri oleh Suzana ketika menjadi panel jemputan dalam rancangan bual bicara Analisis di TV Alhijrah bersama Dinnie Asyraf (hos Analisis) jumaat lalu.

Apa kata Suzana Ghazali selepas kes ini viral?
Berkongsi ulasannya kepada video bual bicara tersebut yang telah viral di laman Facebook. Dia berkata, dia telah dihubungi oleh Unit Jenayah Seksual Kanak-Kanak dari Bukit Aman untuk bertanyakan lanjut tentang kes berkenaan yang dikongsikan.

Kepada yang bertanyakan mengenai perkembangan kes tersebut, ini adalah jawapannya:

1. Kes tersebut adalah kes lama, sekitar tahun 2012. Ketika itu dia tidak diwajibkan untuk mendapat info klien yang berurusan menerusi telefon (termasuk seperti si ibu yang menelefonnya). Oleh kerana prosuder yang tidak ketat itu, dia tidak tahu nama klien hatta nombor yang digunakan klien untuk menghubungi juga dipaparkan “unknown”. Sejak hari itu, semua klien diwajibkan untuk kongsi nombor contact dengan admin dan dia hanya akan menjawab panggilan dari nombor yang didaftakan sahaja.

2. Klien hanya menghubunginya sekali sahaja. Apabila dia cuba untuk follow up kes tersebut, nombor yang dihubungi tiada dalam perkhidmatan walaupun selepas hampir 2 bulan mencuba.

3. Selepas sesi pertama itu, dia sempat mengarahkan si ibu untuk buat laporan kepada polis.

4. Kes ini telah banyak kali dikongsikan dan diselitkan dalam beberapa siri temu bualnya sebelum ini seperti di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM, dan ceramah lain. Sehinggalah kes ini mulai viral kembali selepas dia menjadi panel jemputan dalam program Analisis TV Alhijrah.

5. Nasib mangsa (si anak) tidak diketahui. Namun dia sentiasa mendoakan kesejahteraan anak tersebut. Asbab si ibu yang mengambil terlalu banyak masa unntuk menyedari kesilapannya, si anak menjadi mangsa kerasukan nafsu si bapa tiri. Turut diceritakan si ibu dalam sesi fon tersebut, dia terkesan dengan kata-kata si anak tidak lama selepas kejadian itu terjadi.

“Ibu sepatutnya jaga kakak…” ujar si anak yang baru berusia 11 tahun.

Kes ini walaupun tidak dapat diselesaikan, namun hikmah selepas ia viral di media sosial banyak pihak mula membuka mata dan sedar. Malah pihak berkuasa, khususnya polis dan unit khas yang mengendalikan kes kanak-kanak sebegini juga lebih sensitif dan memandang serius setiap aduan yang dilaporkan.

Keruntuhan sebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kepincangan norma dalam masyarakat sebetulnya tidak berakhir dengan kesan kepada ahli keluarga sahaja. Generasi ini kelak yang terlibat juga perlu hidup seperti biasa dalam masyarakat. Dan keruntuhan institusi masyarakat akan lebih mendatangkan bencana lebih besar kepada negara. Ketahuilah, jika “kejijikan” inilah yang lahir dari sebuah keluarga, masyarakat kita sedang tenat dengan akhlak dan moral.

Sumber: Analisis TV Alhijrah

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!