Uncategorized
Konon dirompak, wanita upah empat lelaki RM10k untuk bunuh suami – Sumber Maklumat Media

Konon dirompak, wanita upah empat lelaki RM10k untuk bunuh suami
Baru-baru ini, media melaporkan seorang wanita ditahan selepas disyaki menjadi dalang utama kes bunuh suaminya dalam kejadian di Taman Anika Baru, Sungai Udang, Klang pada Khamis lalu.Wanita tempatan berusia 37 tahun itu merancang pembunuhan tersebut dipercayai dengan mengupah beberapa lelaki bagi berpura-pura merompak rumah mereka.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, wanita berkenaan membayar RM10,000 kepada kumpulan pembunuh upahan itu bagi menjayakan ‘lakonan’ sebelum membunuh suaminya.
Difahamkan, dia melakukan perancangan rapi dipercayai bagi tujuan menuntut pampasan insurans bernilai jutaan ringgit.
Bagaimanapun, tindakan wanita itu melaporkan kepada polis kononnya dirompak berakhir dengan ‘kantoi’ selepas terdapat percanggahan keterangan direkodkan.
Menurut sumber, wanita terbabit mengaku mencari khidmat pembunuh upahan menerusi kenalan lelaki sebelum membayar wang pendahuluan kepada kumpulan tersebut.
“Pada mulanya dia memberi alasan melakukannya (rancangan membunuh suami) kerana tertekan sering dipukul mangsa.
“Namun siasatan mendapati wanita itu sudah menaik taraf jumlah insurans sebelum kejadian (bunuh) berlaku,” kata sumber.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun meninggal dunia akibat 14 kesan tikaman sekitar jam 2 pagi Khamis lalu.
Beliau berkata, isteri mangsa memaklumkan, dua lelaki bertopeng yang membawa pisau masuk melalui pintu hadapan sebelum menikam suaminya.
“Dakwa wanita itu, perompak menggeledah bilik dan rumah sebelum mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas serta wang tunai sekitar RM40,000…
“…dan melarikan diri menggunakan kereta BMW. Dianggarkan jumlah kerugian dialami kira-kira RM100,000,” katanya.
Tambah Arjunaidi, wanita itu serta empat suspek berusia 20 hingga 36 tahun sudah ditahan antara Jumaat lalu hingga kelmarin di sekitar Klang serta Senawang, Negeri Sembilan.
Kesemua direman sehingga esok dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkumpulan dengan senjata.
Sumber: oh my media
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis