Connect with us

Uncategorized

“Mustahil seseorang boleh membuka tayar lori yang sarat dengan muatan dengan cepat” – Mukanya Sama Dengan Aku, Sedangkan Malam itu Tiada Orang Lain Selain Kami – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Mustahil seseorang boleh membuka tayar lori yang sarat dengan muatan dengan cepat” – Mukanya Sama Dengan Aku, Sedangkan Malam itu Tiada Orang Lain Selain Kami

Lori tiga tan yang sarat dengan muatan pisang, keledek dan kelapa masih meluncur laju, meski terkadang terasa agak melayang kerana muatan berlebihan. Muatan diisi semahunya itu diambil dari beberapa ladang di setkitar Bagan Datuk, Perak.

Memang ada waktunya aku akan membantu Abang Janggut (nama gelaran) yang berniaga di Pasar Borong Selayang. Tempat ini dulunya amat sinonim dengan orang tempatan, baik peniaga, peraih mahupun pembeli. Tapi kini…

Kebanjiran pend4tang asing di sini amat membimbangkan aku. Mereka menguasai hampir segenap penjuru pasar ini. Itu makanya aku kan cuba juga membantu apabila ada ruang dan waktu.

“Paling tidak, Pasar Borong masih lagi berkuraskan keringat anak watan!” fikirku.

Hari itu sekali lagi Abang Janggut meminta aku mengambil pisang dan buah-buahan lainnya di Bagan Datuk. Aku akan pergi berteman seorang kelindan bernama Adin, seorang anak tahfiz yang sedang bercuti dan sudah acap kali membantu Abang Janggut.

Waktu itu langit kian kelam lantaran malam kian menyelimuti dada langit saat kami kembali menyusuri jalan raya yang hampir lengang. Kami agak rancak berborak, mungkin lantaran baru saja menikmati makan malam di Tanjung Karang, dan kian menghampiri Batu Arang, kawasan yang sunyi, penuh dengan hutan serta ladang kelapa sawit di kiri kanan jalan. Ditambah dengan keadaan jalan yang panjang dan gɛlap kerana tiada satu pun lampu jalan di situ.

Kami fokus memandang jalan yang disorot lampu lori. Canda dan hilai tawa kami sebentar tadi terus m4ti tergeletak di lantai lori, sedang sebahagiannya sirna ditelan angin malam.

Sewaktu berada di tengah jalan yang sunyi itulah, salah satu tayar belakang lori tiba-tiba melɛtup. Aku tersentak dan Adin terjɛrit kecil kerana terkɛjut. Hilang dar4h sebentar saat mengawal lori yang terlebih muatan itu terhuyung-hayang akibat dibrek secara mengɛjut!

Kami m4ti akal. Dengan peralatan yang tidak cukup, gelap nan kian mencɛngkam, tiada pula kenderaan yang lalu memburvkkan lagi keadaan. Beberapa kali cuba menghubungi Abang Janggut dan kawan-kawan yang difikirkan dapat menolong, tapi gag4l menghubungi kerana kami berada di kawasan hutan.

Di dalam keadaan hilang punca itulah, lalu sebuah lori kecil yang juga membawa muatan dari Tanjung Karang.

Aku tidak mengenali mereka, tetapi mereka kenal lori kami.

“Ini bukan lori Abang Janggut ke? Yang sebelah kedai makan tu?”

Kami pun mengiyakan.

Seusai berbincang, mereka bersetuju membawa aku ke pekan Ijok yang agak jauh dari situ untuk mencari kedai kereta yang masih buka.

Aku pun menyuruh Adin tunggu di lori sementara aku mengikuti mereka ke pekan Ijok. Meski pun rasa bersalah meninggalkan Adin keseorangan di tengah jalan gelap gelita, tapi aku tidak ada pilihan lain kerana lori nan sarat dengan muatan amat mudah jadi sasaran. Dan lebih menyenangkan hati pabila Adin sendiri setuju menunggu di situ sehingga aku kembali.

Sesampainya kami di pekan Ijok, lori tadi meninggalkan aku berhampiran kedai kereta, lantaran mereka pula harus pergi kerana masih ada muatan yang perlu dihantar. Mujur kedai kereta masih dibuka. Lantas aku meminta seorang mekanik Cina untuk membantu menukarkan tayar lori, atau setidak-tidaknya meminjamkan peralatan membuka tayar lori.

Puas memujuk akhirnya mekanik itu setuju membantu aku dengan sejumlah upah yang telah dipersetujui.

Sesampainya kami kembali di lori, aku terkɛjut!

Tayar ganti sudah siap dipasang dan tayar yang pɛcah itu sudah dibuka dan berada di atas buah-buahan di belakang lori.

Mekanik itu mulanya bɛrang mengatakan aku sengaja mempermainkannya, sudahnya aku hulur juga sedikit wang, upah menghantarku ke lori.

Adin masih duduk di dalam lori. Lama aku memandang tayar yang siap dipasang dan tayar yang diletakkan di atas muatan lori.

Waktu lori kembali bergerak, aku bertanya pada Adin, macam mana tayar lori boleh bertukar?

Adin menjawab, “Masa Abang Dani pergi bersama mereka, lalu dua orang lelaki menaiki kereta dan bertanya apa masalah lori ni. Saya pun ceritalah apa yang berlaku. Lepas tu diorang mula mengeluarkan alat-alat dari kereta dan membuka tayar lori tanpa saya suruh. Sangat pantas! Seorang membuka dan seorang lagi mengambil tayar ganti. Sudah siap, seorang tu campak tayar b0cor ke belakang lori. Time diorang nak gerak, saya nak bagi duit tapi diorang tak nak.”

Aku terdiam. Seakan mustahil seseorang boleh membuka tayar lori yang sarat dengan muatan dengan cepat.

Apatah lagi menc4mpakkan tayar ke atas muatan belakang lori. Belakang lori sudah amat tinggi, apatah lagi jikalau ada muatan. Tentu lebih tinggi. Tidak semudahnya melɛmparkan tayar lori ke atas muatan yang tinggi itu.

Tayar lori bukannya ringan…

Aku masih gag4l memproses cerita Adin. Meski seakan meng4rut, tetapi tak mungkin dia men1pu. Bukanlah kerana dia anak tahfiz, tetapi aku memang kenal dia. Susah hendak men1pu.

“Tapi Adin pɛliklah, abang Dani,” tambah Adin sambil terus memandang jalan di hadapan.

“Pelik kenapa pulak?”

“Adin tengok yang seorang dari yang tolong Adin tadi tu, muka dia sama betul macam Abang Dani!”

Aku terdiam. Dada kian kɛncang, dan kaki kian kuat menekan minyak…

Macam muka aku??

Aahh sudah!

Apa pulak laahh niiiii…

Sesampai di pekan Rawang, seorang lagi pekerja Abang Janggut sudah sedia menunggu di hadapan sebuah kedai kopi untuk menolong menurunkan semua muatan hari itu. Dia seorang bekas komando. Badannya tegap!

Kami memangilnya Abang Din.

Dari situ, dia mula memandu lori, aku ber4sak ke tepi, berh1mpit sedikit dengan Adin di sebelah. Saat dia bertanya kenapa lewat sampai? Dah hampir tengah malam?

Adin mula bercerita kejadian nan men1mpa kami tadi. Lori masih bergerak agak laju. Kenderaan memang kurang (waktu itu Rawang Bypass belum dibina).

Belum pun seminit Adin bercerita, saat kami melepasi Taman Rimba Komanwel, tiba-tiba sebuah Proton Saga merah memotong lori kami dan brek mengɛjut di hadapan lori!

Abang Din menjɛrit dan terpaksa brek mengɛjut. Aku terhɛntak di dashboard, sedang Adin sempat menahan dengan tangan!

Kereta Proton tadi kembali bergerak laju seakan cuba melarikan diri. Abang Din mula mengejar kereta tadi. Meng4um-ng4um suara enjin lori pabila ditekan minyaknya semahu hati.

Aku mulai risau. Bekali aku bersuara meminta Abang Din bersabar, namun Abang Din semakin meningkatkan kelajuan. Lori seakan-akan bergoyang lantaran sebegitu laju dengan muatan yang penuh. Kami masih gagal mengejar kereta itu yang semakin laju melepasi Templer Park dan stesen Shell.

Sesampai di jalan yang agak curam (berhampiran kolam air panas) menuju pasar borong, sekali lagi kami terkejut melihat ada roadblock di situ!

Berdecit-decit bunyi tayar pabila brek ditekan mengɛjut.

Lori beroleng-oleng kiri dan kanan lantaran kami sememangnya laju. Tayar turut berasap saat lori terhenti sepenuhnya.

Akhirnya kami dis4man!

Abang Din yang masih belum berpuas hati bertanya, ke mana perginya kereta Proton merah yang di hadapan kami tadi? Kenapa tak ditahan? Sedangkan dia lagi laju dari kami???

Polis itu memandang kami bersilih ganti.

“Awak jangan main-main. Dah hampir sejam kami opɛrasi. Awak orang yang pertama lalu sini, tau!”

Berkerut dahi Abang Din mendengarnya.

Aku ternganga.

Adin pucat dan hampir terduduk di atas jalan tar…

(Kejadian benar yang dilalui oleh pencerita 16 tahun lalu).

Gambar Sekadar Hiasan.

Sumber:Media Islam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!