Connect with us

Uncategorized

Ugut nak pecat rider lambat hantar makanan, individu dikenakan tindakan disiplin – Sumber Maklumat Media

Published

on

Ugut nak pecat rider lambat hantar makanan, individu dikenakan tindakan disiplin

Baru-baru ini kecoh di media s0sial apabila seorang penghantar makanan telah dimarahi oleh individu sehingga mencetuskan kritikan dan reaksi daripada orang ramai.

Ekoran lambat tiba, lelaki berkenaan bertindak memberi ugutan mahu memecat penghantar makanan disebabkan isu tersebut.

Menerusi video dimuat naik seorang pengguna @minyakhitamjalanan, dia yang juga penghantar makanan dimarahi pelanggan kerana lambat tiba di lokasi.

@minyakhitamjalanan
Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan – minyakhitamjalanan

Rider buat laporan polis
Difahamkan, punca insiden tersebut berlaku kerana individu berkenaan telah memberikan maklumat yang salah mengenai lokasi penghantaran sehingga menyukar penghantar makanan mencari lokasi sebenar.

Memetik laporan mStar, penghantar makanan dikenali Mohd Yusof, 27, berkata dia diminta oleh individu berkenaan mencari pusat universiti di dalam pasaraya.

“Masa mula-mula dapat pesanan, pelanggan tersalah menetapkan lokasi penghantaran. Kemudiannya, meminta saya mencari pusat universiti di dalam pasaraya itu. Saya pelik tapi tetap teruskan juga lakukan tugasan menghantar makanan.

“Malangnya apabila sudah tiba di lokasi, rupanya pelanggan tersalah memberikan maklumat lokasi penghantaran. Jadinya, saya perlu menunggu selama sejam. Tapi, apabila dihubungi, pelanggan tersebut dia terus memarahi dan mengugut saya.”ujar Yusuf.
Tidak berdiam diri, Yusof memaklumkan dirinya sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 13 September lalu.

Ugut nak pecat rider, individu dikenakan tindakan disiplin

Dalam video tular tersebut, turut kedengaran pelanggan lelaki yang mendakwa majikannya iaitu Malaysia University of Science & Technology (MUST) adalah rakan kongsi kepada syarikat penghantaran makanan tersebut.

Pun begitu, dakwaan tersebut telah disangkal oleh pihak Pengurusan Eksekutif MUST dan meluahkan kekecewaan dengan kejadian memalukan itu berlaku. Oleh itu, pihak MUST tampil membuat permohonan maaf kepada semua yang terlibat.

Selain itu, pihaknya juga menekankan bahawa MUST juga tidak mempunyai sebarang perjanjian jalinan kerjasama dengan syarikat penghantaran itu sebagaimana yang didakwa oleh pelaku.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak MUST, pelaku telah dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap beliau memandangkan ia adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh individu berkenaan dan tidak sesekali mewakili universiti.

Sumber: mStar (Faiz Izzat), Facebook Malaysia University of Science & Technology

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!