Connect with us

Uncategorized

Puan Suhana pergi jua, ” Berbulan tak makan & minum hanya TPN di salurkan untuk tenaga ” – Sumber Maklumat Media

Published

on

Puan Suhana pergi jua, ” Berbulan tak makan & minum hanya TPN di salurkan untuk tenaga ”

SEORANG jururawat dan juga ibu kepada 5 cahayamata meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat sakit yang dideritanya.

Arwah Puan Nur Suhana Sahar menghembus nafas terakhir ketika dalam rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat akibat sakit yang dideritainya.

Sebak luahan adik menceritakan semasa arwah dalam keadaan kritikal ” Bismillahirrahmanirrahim, Amatlah berat untuk saya taip semua ni.

Sebak, sedih dan lemah sangat sangat Baru dapat call dari Hospital diminta hadir segera untuk sain 1 surat persetujuan dari waris bagi pihak hospital jalankan procedure perubatan selanjutnya pada dia.

Saya mewakili akak kandung saya Nur Suhana Binti Sahar aka Sekapur Sireh mohon semua kawan kawan, saudara mara, yang mengenali atau yg tidak mengenali dia untuk sama sama kita doakan kesihatan dan kesejahteraan dia.

Keadaan dia harini sangat sangat membimbangkan dan makin merosot berbanding hari 1st dimasukkan ke wad, Harini dia dah bergantung pada mesin pernafasan.

Dah tak sedarkan diri dan dah tak dapat berbual mcm 2,3 hari lepas,Saya mohon pada semua maafkan segala kesalahan dia pada kita sama ada tersengaja atau tak disengajakan.

Semoga ada keajaiban yang berlaku Sama sama kita mohon pada Allah SWT semoga Dia permudahkan segala urusan akak kandung saya Amin.

Namun pada 7.59pm 22.9.2022 Nur Suhana binti Sahar Sekapur Sireh telah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat di hadapan saya.

Kehilangan yang sangat besar buat keluarga saya, Arwah seorang yg baik, bertanggungjawab, penyayang n sentiasa ceria walau apa pun dugaan yang arwah hadapi.

InsyaAllah syurga buatmu ayon Dunia akhirat aku sayangkan kau Syukur kau pergi dengan baik, hari baik, waktu yg baik Nur Suhana binti Sahar Dalam kenangan moga suami dan anak anak arwah tabah – Farreed Sahar.

Salam Takziah, Mendapat perkabaran sedih buat sahabatku Saharudin Wahid atas pemergian isteri tersayang Suhana( Sekapur Sireh ) kerahmahtullah.

Allahuakbar sungguh berat ujian buatmu Odin, Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Odin semoga kau tabah dan kuat demi anak anak kawan-kawan semua sentiasa ada dan mendoakan yang baik baik – Serudin Soud.

Punca pemergian arwah akibat sakit yang dideritainya arwah Puan Nur Suhana mengalami masalah usus yang kritikal dan hanya bergantung pada susu untuk tenaga dirinya.

Arwah seorang jururawat yang amat disenangi ramai orang sepanjang hayat hidupnya tak berhenti henti seluruh keluarga dan rakan rakan mengucapkan salam takziah dan amat sedih pemergian arwah Puan Nur Suhana moga suami dan anak anak kuat kehilangan insan tersayang bergelar isteri dan ibu. Al fatihah.

Sumber:Media tular

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!