Connect with us

Uncategorized

Seorang pemuda Ini Sanggup Tidak Membeli Kereta, Menghabiskan 25k Untuk Mengubahsuai Rumah Demi Ibu Tercinta – Sumber Maklumat Media

Published

on

Seorang pemuda Ini Sanggup Tidak Membeli Kereta, Menghabiskan 25k Untuk Mengubahsuai Rumah Demi Ibu Tercinta

Setiap anak-anak yang sudah berkerjaya sudah tentu mahu membahagiakan hati keluarga terutamanya ibu bapa.

Walaupun tidaklah dengan kemewahan, namun perkara tersebut sudah tentu amat menggembirakan insan yang telah membesarkan kita.

Oleh itu, satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Mohd Asri Dugun telah memuat naik gambar rumah keluarganya sebelum dan selepas diubah suai.

Ubah suai rumah demi keluarga, Menvrut pemuda tersebut, impiannya selama ini tercapai apabila berjaya mengubahsuai rumah keluarga demi keselesaan ibunya. Dia langsung tidak kisah mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk keluarga

Menurut Asri lagi, dia memaklumkan bahawa apa yang dilakukan itu adalah pencapaian terbaiknya pada tahun ini. dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.

Diakhir perkongsian tersebut, pemuda itu juga telah menitipkan doa agar tahun ini dia dapat membeli sebuah kereta untuk kegunaan diri sendiri pula selepas salah satu tanggungjawab telah dilaksanakan.

Hebat! Dahulukan ibu bapa dari kepentingan sendiri, Sehubvngan dengan perkongisian yang sangat menginspirasikan daripada pemuda tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif kepadanya di Twitter tersebut.

Mereka telah mengucapkan tahniah diatas kejayaan membahagiakan ibu tersayang dan turut mendoakan kehidupan pemuda itu dipermudahkan kerana mendahulukan keluarga dalam segala haI.

Sumber:coretannasihat

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!