Connect with us

Uncategorized

Baru 2 minggu kahwin, ‘rider’ maut dirempuh di persimpangan lampu isyarat – Sumber Maklumat Media

Published

on

Baru 2 minggu kahwin, ‘rider’ maut dirempuh di persimpangan lampu isyarat

Semalam, se0rang penghantar makanan m3ninggal dunia, manakala seorang penunggang motorsikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Persimpangan Lampu isyarat, Jalan Meru/ Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang, Selangor.

Kejadian tersebut berpunca daripada dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail, Proton Wira dan dua motosikal yang terbabas selepas berlaku perlanggaran antara satu sama lain kira-kira jam 2.30 petang.

Baru 2 minggu kahwin
Apa yang menyedihkan, penghantar makanan dikenali sebagai Amin baru sahaja dua minggu mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu.

Dalam video tular tersebut, arwah dikatakan sempat menoleh sesaat melihat keadaan penunggang motorsikal bersebelahan dengannya dirempuh tatkala sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Malangnya, tidak seberapa lama kemudian, dirinya dirempuh oleh sebuah kenderaan lain di persimpangan yang lama lalu dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Selain keluarga penghantar makanan itu diuji, nasib yang menimpa penunggang motorsikal yang dilaporkan cedera parah itu tidak kurang hebat juga kerana isterinya kini sedang sarat hamil.

Dalam pada itu, salah seorang ahli keluarga penghantar makanan yang maut itu sempat berkongsi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya dengan mengatakan dia tidak sempat bertemu adiknya dari awal pernikahan sehinggalah pada hari kejadian tragis itu berlaku.

“Angah tak dapat bersama masa hari Amin nikah. Rupanya memang tak ada rezeki untuk berjumpa Amin lagi.
“Baru berikah pada 9 September lalu. Hari ini (semalam), Amin dah balik. Takziah buat seluruh keluarga,”tulisnya Emma Aynor.
Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan bedah siasat setelah keputusan saringan Covid-19 diperoleh.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kedua-dua pemandu SUV masing-masing berumur 20 tahun dan 24 tahun ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sekiranya orang awam mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318

Sumber: OH MY MEDIA

Jangan lupa untuk sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!