Connect with us

Uncategorized

Remaja kerdil, Kama Mirezzanial meninggal dunia – Sumber Maklumat Media

Published

on

Remaja kerdil, Kama Mirezzanial meninggal dunia

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada 2012, Kama Mirezzanial Kama Rezmie, 17, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat rawatan tengah malam tadi.

Perkara tersebut dikongsi ahli keluarga remaja itu menerusi hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan anakanda istimewa saya Kama Mirezzanial Bin Kama Rezmie telah kembali ke rahmatullah pada 01.10.2021 pada jam 12.44 pagi (tengah malam) bersamaan hari Jumaat 24 Safar 1443 Hijrah.

“Semoga Allah menempatkan anakanda bersama hamba-hambaMu yang soleh,” tulis bapanya menerusi akaun Facebook @Kama Rezmie. Baru-baru ini, media melaporkan ibu remaja tersebut, Masitah Mohd Yusof, 43, merayu sumbangan orang ramai untuk membantu membiayai kos rawatan anaknya yang kini dirawat di Pusat Perubatan Sunway selepas diserang sawan.

Kama Mirezzanial dikatakan koma dan tidak sedarkan diri, memerlukan kos rawatan harian kira-kira RM5,000 hingga RM10,000.

Sebelum ini, Kama Mirezzanial mendapat perhatian ramai setelah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling kecil di dunia pada tahun 2012.

Remaja itu mempunyai ketinggian hanya 90cm dan memakai baju saiz kanak-kanak berumur satu hingga dua tahun.

Sumber:Malaysiapost

Jangan lupa sertai kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!