Uncategorized
Operator ECRL maut kemalangan ketika hendak solat Jumaat – Sumber Maklumat Media

Operator ECRL maut kemalangan ketika hendak solat Jumaat
SEORANG operator projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) maut apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar pemandu sebuah van di Jalan Kuantan – Sg Lembing di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Muhammad Azrie Azmi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Siasatan awal mendapati mangsa dan pemandu van datang dari arah Sungai Lembing menghala ke Kuantan.
“Kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal dan van di Jalan Kuantan – Sg Lembing berhampiran Stesen Minyak Petronas Jalan Sg Lembing, Kuantan dalam kejadian jam 12.20 tengahari pada ini (Jumaat).
“Apabila pemandu van sampai di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa telah melintas di hadapan pemandu van, namun kerana jarak terlalu dekat van tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa beralamat terakhir di Ajil, Terengganu yang mempunyai lesen memandu jenis B2, D, H itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Siasatan juga mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang melintas jalan utama untuk ke Sungai Lembing.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi proses bedah siasat yang akan dijalankan sejurus ujian calitan Covid-19 diperolehi.
Wan Mohd Zahari berkata kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette
Sumber:wowberita.my
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis