Connect with us

Uncategorized

Tokoh Ulama permata berharga dunia Dr. Yusuf al-Qaradhawi meninggal di usia 96 tahun – Sumber Maklumat Media

Published

on

Tokoh Ulama permata berharga dunia Dr. Yusuf al-Qaradhawi meninggal di usia 96 tahun

Mendapat berita yang sangat mendukacita dan menyedihkan sebentar tadi, ulamak ummah yang sangat kita kasihi dan sayangi, Fadhilat al-Shaikh al-Imam Dr Yusuf al-Qardhawi telah kembali ke rahmatullah.

Seorang ulamak yang diiktiraf keilmuannya oleh dunia Islam sehingga diberi gelaran al-Imam pada zaman ini. Menjadi Qudwah dan contoh ikutan kita semua.

Pemergiannya al-Marhum Shaikh mengingatkan saya kepada salah satu mimpi saya bertemu beliau dan masih terngiang-ngiang ucapannya saat itu kepada saya;

‘Saya izinkan kamu menterjemah dan menyebarkan ilmu dan kitab-kitab saya’

Sehingga saat itu ( kira-kira 10 tahun lepas ) saya mula dapat kekuatan untuk menulis buku.

Mudahan Allah SWT memberkati seluruh jasa dan pengorbanan beliau untuk dunia Islam. Jihad dan seluruh amalnya menjadi asbab Almarhum Shaikh ditempatkan di sebaik-baik tempat sebagai Syuhada di sisi al-Rahman.

Peritnya saat kembali seorang demi seorang ahli ilmu. Benarlah perkataan ulamak: ‘ Perginya ahli ilmu itu seperti tercabut anggota tubuh hidup-hidup’.

AllahuAkbar. Al-Fatihah

Sumber: Syeikh Mujahid

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!