Uncategorized
Ejen kosmetik diculik ke Thailand berjaya diselamatkan Ketua Polis Negara – Sumber Maklumat Media

Ejen kosmetik diculik ke Thailand berjaya diselamatkan Ketua Polis Negara
Ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim yang dilaporkan diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, Tumpat pada 13 September lalu berjaya diselamatkan.
Difahamkan, mangsa yang berusia 36 tahun berjaya dijejaki hasil bantuan antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata, kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan di Thailand.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook PDRM.
Sementara itu, Acryl Sani juga menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan kedutaan Malaysia di negara tersebut atas kerjasama dalam usaha menyelamatkan mangsa.
Sebelum ini, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 51 saat yang memaparkan mangsa dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.
Memetik laporan berita, suami mangsa yang sudah ditahan polis selepas kejadian dipercayai mempunyai perselisihan di antara ahli sindiket dadah.
Sumber: Oh My Media
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH1 year ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis