Uncategorized
“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki – Rita Rudaini – Sumber Maklumat Media

“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki – Rita Rudaini
Rita Rudaini menerusi Instagram berkongsi kekuatan kepada golongan ibu tunggal yang senasib dengannya supaya terus kuat dan melihat apa yang berlaku dari sudut positif. Dalam hantarannya itu, Rita mengajak golongan ibu tunggal supaya menikmati apa yang Allah SWT berikan itu.
“Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih.
“Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah,” tulisnya.
Tambahnya, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa,” tulisnya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu juga mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan.
“Jadi, kepada ibu tunggal yang menghantar mesej kepada saya minta berkongsi kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar bahawa ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai, yang anda memang tak nampak apa yang ada di depan, tapi Dia lebih tahu apa yang Dia beri kepada kita.
“Percaya kepada perancangan Allah,” tulisnya.
Menutup hantarannya itu, Rita berpesan kepada wanita yang bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak itu hanya pinjaman di dunia.
“Yang ada suami, tak payah ‘galak’ nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja.
Tak payah s0mbong sangat, ‘Aku berlaki, kau ada?’, ‘Laki aku sayang aku’,” tulisnya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis