Connect with us

Uncategorized

“Saya Berniaga Pasar MaIam & Di Bawah FIat Demi Teruskan Kehidupan” – Siti Nordiana – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Saya Berniaga Pasar MaIam & Di Bawah FIat Demi Teruskan Kehidupan” – Siti Nordiana

”Nana antara artis yang tidak cerewet. Cuma dia mahu pastikan baju yang direka itu sedikit longgar dan tudungnya menutup dada…”

Itu pengakuan pemilik butik Jimmy Coture, Jimmy, saat menceritakan kisah disebalik gaun dipakai oleh penyanyi, Siti Nordiana pada konsert Gegar Vaganza (GV2) 2015.

 

Jimmy atau nama sebenarnya Zaizakrani Ismail, 37 tahun, berkata Nana telah meminta beliau untuk mereka baju untuk persembahannya kerana tiada orang yang mahu menaja pakaian dia.

”Saya masih teringat bagaimana dia begitu sɛgan mahu bertemu saya kerana menganggap dirinya tidak layak mendapat tajaan baju. Dia seorang yang sangat merɛndah diri,” kata Jimmy.

Malah Siti Nordiana pernah meluahkan, usahanya untuk mendapatkan tajaan pakaian bagi menyertai rancangan itu dipandang sebɛlah mata oleh kebanyakan pereka fesyen popular kerana tarafnya dilihat sebagai ‘penyanyi kampung. Dalam Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana menerima wang tunai RM100,000 kerana menjuarai rancangan itu.

Kisah di atas mengimbau pahit gɛtir Siti Nordiana menɛmpuh segala ujian, dalam waktu sama tetap berusaha untuk menjaga batas pemakaian ketika beliau cuba bangkit menempatkan semula diri dalam arena seni.

Namun disebalik kejayaan manis mendapat peluang kedua sebagai seorang penyanyi, ramai tidak tahu Siti Nordiana turut berdepan 1001 pengalaman serta kisah yang sukar dilupakan.

BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN DI BAWAH FLAT.

Siapa sangka dia yang mesra dipanggil Nana pernah berpµtus asa dengan kerjaya seninya dan mengambil keputusan untuk berniaga di pasar malam.

Bukan itu sahaja, menurut pelantun lagi Terus Mencintai ini dia juga pernah bergaya sɛksi semata-mata untuk pelancaran lagu, namun semuanya serba tidak menjadi.

Lebih menyɛntuh perasaan, Nana melakukan semua itu bukan semata-mata mencari populariti atau untuk diri sendiri, sebaliknya kerana mahu menampung kehidupan dia dan anaknya.

”Saya pernah rasa pµtus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

”Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Kisah ini diceritakan oleh Nana sekitar tahun 2015, sewaktu beliau ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Nana yang pernah berlakon dalam drama Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On. Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial. ”Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arw4h suami (Mohd. Faizal Yus0p) ada dalam buku itu.

”Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya. Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa pµtus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

”Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.

Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada tahun 2015.

 

LATAR BELAKANG SlTI NORDIANA.

Siti Nordiana Alias (lahir 22 November 1984) ialah seorang penyanyi, pengacara, ahli perniagaan dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan daripada pasangan penɛroka FELDA.

Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada usia 15 tahun selepas menandatangani kontrak rakaman bersama FMC Music di mana beliau telah menerbitkan sebanyak 5 album studio. Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.

Antara lagu-lagu popular beliau ialah “Cinta Hanya Sandaran”, “Bukan Mengungkit Tapi Membangkit”, “Paling Comel”, “Tak Tahan” dan “Terus Mencintai”. Selain sebagai penyanyi, Nana turut bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara peranan televisyen terkenal beliau ialah Dia Semanis Honey (2016) dan Klik! Pengantin Musim Salju (2018).

Beliau ialah pengasas dan pemilik SND Soul Entertainment, syarikat rakaman dan pengurusan artis yang mengkhususkan kepada pelapis baharu industri hiburan tanah air, juga berkhidmat sebagai pasukan pengurusannya.

Pada September 2018, Nana telah menerbitkan autobiografinya, Life Goes On yang menceritakan tentang perjalanan hidup beliau termasuk kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.

Beliau digelar “The Finesse Queen of Leman” oleh blogger tempatan. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam muzik dan televisyen, antaranya ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah MeleTOP Era.

KEHIDUPAN PERlBADI.

Siti Nordiana dilahirkan pada 22 November 1984 di Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. Anak kepada pasangan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), beliau ialah anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai seorang abang. Beliau dibesarkan di Rancangan Tanah Felda Sendayan yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Seremban.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan. Nana mula menunjukkan minat terhadap bidang muzik sejak berusia belasan tahun dan menerima galakan daripada kedua-dua ibu bapanya biarpun pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi terkenal.

Pada usia 10 tahun, bapanya membawanya ke kedai makan di kampungnya. Lagu pertama yang dinyanyikannya ialah “Madah Berhelah” nyanyian asal Ziana Zain dengan iringan daripada kugiran secara langsung. Sejak itu, beliau mula menyanyi di majlis perkahwinan sekitar kampung dan pernah menerima bayaran sebanyak RM30 setiap persembahan.

Minat mendalam terhadap muzik mendorong bapanya membawanya menyertai pertandingan nyanyian Wirawan Seni Remaja EON namun nasib tidak menyebelahinya. Antara 1995 dan 1996, beliau menyertai pertandingan demi pertandingan biarpun ketika itu masih bersekolah. Beliau terpilih mewakili Negeri Sembilan untuk menyertai Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Kebangsaan.

Pada tahun 1998, sewaktu d Tingkatan 2, Nana menyertai Pertandingan Tunas 9 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menghimpunkan semua juara radio setiap bulan dan peserta yang terpilih akan bertanding dalam pertandingan. Rezeki berpihak kepada Nana apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai juara. Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memutuskan untuk memulakan kerjaya muzik sepenuh masa.

Sumber mstar

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!