Connect with us

Uncategorized

lsteri sempat rakam detik bahagia, enam hari sebelum suami dijemput ilahi. Salam takziah buat keluarga – Sumber Maklumat Media

Published

on

lsteri sempat rakam detik bahagia, enam hari sebelum suami dijemput ilahi. Salam takziah buat keluarga

Rindu kepada mereka yang telah tiada pastinya menyakitkan.

Hanya gambar-gambar dan rakaman momen kebahagiaan sebelumnya sahaja mampu mengubat rindu yang tidak berpenghujung.

Begitulah yang berlaku kepada pengguna TikTok @D_mas, yang sempat merakam detik indah bersama arwah suami enam hari sebelum pasangannya itu meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Tangkap layar perkongsian di tiktok @D_mas , enam hari sebelum kehilangan suaminya (kanan)
Akibat serangan jantung.

Dalam video tersebut, dia sempat bergurau meminta lelaki itu menjamah sedikit makanan di sebuah restoran, namun ditolak dengan alasan sudah kenyang hanya dengan menatap wajah isterinya itu sambil merenung penuh makna.

“Siapa sangka masa ini enam hari lagi arwh akan pergi selamanya. Dia memang kurang makan nak jaga kesihatan katanya.

“Sempat lagi bergurau senda bila disuruh makan. Semoga abang tenang di alam sana, al-Fatihah,” tulisnya pada keterangan video.

Perkongsian tersebut tidak hanya terhenti di situ, malah rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan hantaran video yang menyentuh hati itu.

“Saya faham apa puan rasa. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Saya pula yang nangis,” ujar Sakinah Muhammad.

“Arwh suami saya pun dalam sebulan nak pergi, dia jadi kurang makan katanya nak diet,” kongsi Cik Puan Sri pula.

“Semoga video ini menjadi iktibar agar kita sentiasa hargai orang sekeliling sebelum mereka pergi,” tulis Afkar Souk

Tonton Video : https://www.tiktok.com/@d_masjamha/video/7146195216981249306?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwh. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber:Kosmo

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!