Connect with us

Uncategorized

Aku Masuk Semula Bank, Tiba-Tiba Semua Bangun Ucap ‘Alhamdullilah’ Sambil Tepuk Tangan – Sumber Maklumat Media

Published

on

Aku Masuk Semula Bank, Tiba-Tiba Semua Bangun Ucap ‘Alhamdullilah’ Sambil Tepuk Tangan

Sekitar pukul 2pm aku tukar cash chaque kat CIMB Kota Kemuning nilai RM2000, bila dah dapat cash terus masuk poket tanpa aku kira berapa aku dapat..

Lepas 3 jam lebih kurang macam tu aku dapat panggilan dari CIMB untuk bertanya aku dapat duit RM50 ke RM100.

Jadi aku jawablah dengan betul yang aku dapat duit RM50 dan pegawai bank yang call aku tu pun terima jawapan.

Dengan nada yang mendesak sambil bertanya semula “betul ye RM50” dan aku jawablah dengan jujur “ya betul RM50” dan dia pun menghabiskan perbualan.Aku macam tak sedap hati lalu kelvarkan duit dari poket yg aku terima dari bank tadi dan kira, sebelum kira aku terasa macam duit tu lebih sebab terasa tebal lain macam.

Bila aku kira betul ada RM4000 dan aku terus ke bank CIMB untuk pulangkan baki RM2000 tu.

Sampainya dibank sekitar pukul 5 aku minta kebenaran guard masuk untuk pulangkan baki duit yg terlebih tu.

Aku terus ke kaunter dan beritahu nak pulangkan duit yg staff bank bagi lebih RM2000 tadi.

Tiba-tiba semua staff bank bangun ucap Alhamdulillah sambil sapu tangan dimuka tanda bersyukur.

Ini sebab aku pulangkan duit yg terlebih bagi tadi dan semuanya ucapkan Terima Kasih pada aku.

Staff bank yang tersilap bagi duit lebih pada aku tadi sampai 4 kali salam aku ucap terima kasih dan tarik aku dari dalam kaunter nak peluk aku.

Sambil dia cakap biasanya kes mcm ni hanya 1% jer yg pulangkan balik.

Jangan salah faham ye staff bank tu lelaki laa..hehehe

Lepas tu aku dihadiahkan payung CIMB kat gambar tu..hehehe

Lepas aku keluar dari bank baru aku terfikir, kalaulah aku tak pulangkan duit tu ntah apa staff bank tu nak jawab dgn Branch Manager dia dan tentu Gaji atau Bonus dia kena potong RM2000..

Alhamdulillah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata dengan duit yg tak seberapa tu, dan sudah membantu insan lain walaupun aku tak mengenalinya..

Begitulah cerita aku tentang Payung CIMB..

Kejujuran didalam hidup sesuatu yang berharga didalam diri kita. Kejujuran sangat penting bagi memperolehi kepercayaan daripada masyarakat sekeliling.

Kejujuran juga bukti yang menunjukkan seseorang itu beretika atau tidak didalam menjalani hidup seharian.

Dengan adanya nilai kejujuran didalam diri membuat diri kita lebih disayangi dan lebih ramai orang suka berurusan dengan kita

Seperti kisah ini,seorang yang dikenali sebagai Khairul Muhidin berkongsi kisah yang dilaluinya.

Satu hari pegawai bank tersilap memberikan lebih duit kepadanya semasa berurusan di kaunter.

Namun begitu,dengan nilai kejujuran yang ada didalam diri,beliau berasa bertanggungjawab untuk memulangkan semula w4ng tersebut di bank berkenaan.

Tetapi alangkah terkejutnya,ini situasi yang dihadapi olehnya semasa proses pemulangan semula w4ng tersebut.

Sumber:imuslimnetwork

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!