Uncategorized
Diuji Kanser Sarcoma, Dr Zulkifli Kongsi Kisah Arwah Anak Tak Pernah Tinggal Solat Walau Tenat – Sumber Maklumat Media

Diuji Kanser Sarcoma, Dr Zulkifli Kongsi Kisah Arwah Anak Tak Pernah Tinggal Solat Walau Tenat
Innalillahiwainilaihirojiun. Al-Fatihah buat arwah Hammad bin Shereen iaitu anakanda kepada Mantan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang dijemput Allah tepat jam 5.22 pagi semalam.Diuji kanser sarcoma, Dr Zulkifli kongsi kisah arwah anak tak pernah tinggal solat walau tenat.
Diuji kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5
Berkongsi kisah anaknya, kata Dr Zulkifli anaknya tidak meninggalkan solat hatta dalam keadaan tenat sekali pun kerana begitu menjaga ibadah ini.
Berusia 22 tahun, arwah Hammad menderita kanser sarcoma dan meninggal di saat kanser itu mengganas pada stage 4-5.
Walau sakit, Hammad tetap menjaga solatnya walaupun terbaring di atas katil. Mulutnya terkumat-kamit berzikir dan membaca ayat-ayat al-Qur’an.
Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami di sisi, dalam keadaan yang amat mudah.
Tambahnya lagi, Hammad mungkin ada mengalami demensia di penghujung hayatnya. Lupa itu dan ini. Tetapi apabila tiba waktu solat, ingatannya seolah-olah pulih. Beliau tetap solat walaupun tenat. Itu yang membanggakan sy.
Diuji Kanser Sarcoma, Dr Zulkifli Kongsi Kisah Arwah Anak Tak Pernah Tinggal Solat Walau TenatDan alhamdulillah, urusan pengkebumian arwah Hammad dipermudahkan Allah kerana di usia mudanya, arwah sentiasa meletakkan Allah di hadapan.
Kata Dr Zulkifli, dalam tempoh tak sampai 4 jam, dari urusan kematian hinggalah kafan, solat jenazah dan dikebumikan, ia diselesaikan dengan sangat mudah.
“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.
Di sebalik ujian yang menimpa keluarga Senator Dewan Negara ini, apa yang membuatkan ramai berasa sebak, sementara menunggu jenazah anaknya disolatkan, Dr Zulkifli tetap tenang menyampaikan kuliah agamanya lebih kurang setengah jam sebelum solat jenazah disempurnakan.
Satu situasi yang sangat luar biasa dan jarang terjadi bila mana ada ahli keluarga kita yang meninggal di mana kita pasti berasa sedih dan sibuk menguruskan pelbagai urusan.
Diuji Kanser Sarcoma, Dr Zulkifli Kongsi Kisah Arwah Anak Tak Pernah Tinggal Solat Walau TenatKatanya :- Assalamualaikum. Jalsah ‘Ilmiyyah pada pagi ini jam 9 pagi diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anakanda saya pada jam 9.45 pagi. Kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya.
Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan meninggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.
Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewafatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jenazah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jenazah hingga ke muka pintu.
Beliau lalu berkata “Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala.”
Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.
Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya meninggal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini. Jemput hadir kepada semua.
Tambahnya lagi, kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.
Sumber:Mingguan Wanita
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis