Connect with us

Uncategorized

Syukur… Faizal Ismail lulus tauliah mengajar agama, mahu lebih aktif berdakwah dan kongsi ilmu – Sumber Maklumat Media

Published

on

Syukur… Faizal Ismail lulus tauliah mengajar agama, mahu lebih aktif berdakwah dan kongsi ilmu

Penyampai radio, Faizal Ismail meluahkan rasa gembira apabila permohonan tauliah mengajar telah diluluskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Jumaat.

Bersyukur menerima perkhabaran itu, Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ismail, 46, mengakui bukan mudah untuk dia mendapat kelayakan itu kerana perlu melalui dua penilaian secara teori dan juga lisan.

“Terima berita di Tanah Suci. Syukur tak terhingga… setelah melalui proses penilaian secara teori dan lisan, pemohonan tauliah Jais telah lulus.

Faizal syukur lulus pemohonan tauliah Jais

“Namun perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejvdis,” katanya.

Faizal memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Sementara itu, penyampai radio Zayan ini berkata kelulusan ini membuatkan dia lebih mudah untuk bergerak bagi menyampaikan motivasi berbentuk pembangunan insan, sekaligus dapat memenuhi jemputan pihak tertentu untuk berkongsi ilmu bersama.

“Apa pun semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT jua. Saya bukanlah mengajar ilmu-ilmu khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar, namun kategori motivasi seperti yang tertera di dalam surat.

“Ini akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama-sama berkongsi manfaat,” katanya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Faizal juga turut berterima kasih kepada Jais atas penganugerahan tauliah ini.

Selain itu, dia juga mengalakkan lebih ramai mereka yang aktif berdakwah untuk mendaftar.

“Terima kasih tak terhingga kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas penganugerahan tauliah ini.

“Jais turut menggalakan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pentauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari.

“InsyaAllah moga ini menjadi bkti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Faizal akui penilaian tauliah agak mencbar

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat termasuklah rakan artis turut meningga1kan komen meluahkan rasa syukur selain mengucapkan tahniah.

“Alhamdulillah syukur. Tahniah!

“Semoga dipermudahkan, terus beri manfaat kepada orang ramai.

“Moga dapat membantu umat akhir zaman membina akhlak dan pegangan akidah yang benar. InsyaAllah,” kata netizen.

Sumber : news4zone

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!