Connect with us

Uncategorized

40 hari keluar tabligh, anak dedah bapa abaikan nafkah dan tanggungjawab – Sumber Maklumat Media

Published

on

40 hari keluar tabligh, anak dedah bapa abaikan nafkah dan tanggungjawab

Menyertai tabligh untuk berdakwah, mencari ilmu agama dan mengajak orang ramai kembali ke ajaran Islam yang menyeluruh adalah perkara murni dan harus dipuji.

Walau bagaimanapun, individu yang mahu menyertai tabligh tersebut haruslah sedar dan perlu menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

Bapa keluar tabligh 40 hari tak bagi nafkah

Luahan itu diadu kepada seorang pengguna dan dikongsikan buat tatapan umum oleh pemilik akaun @ConfessTweetMY menerusi laman Twitter.

Itulah luahan hati oleh seorang anak terhadap sikap bapanya yang suka mengabaikan tanggungjawab dan culas menyediakan nafkah sepanjang 40 hari keluar meninggalkan ahli keluarga demi menyertai tabligh.

Dalam tangkap layar luahan tersebut, si anak mendedahkan bapanya sering keluar apabila diajak oleh kawan-kawan tabligh selama 40 hari meskipun baru sahaja pulang ke rumah.

“Bapa saya tabligh. Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitaorang tanpa nafkah. Kawan-kawan tabligh dia selalu datang rumah ajak keluar 40 hari. Padahal baru saja balik.

“Apabila ditolak, kawan-kawan dia sindirlah tak nak ikut apa semua. Saya geram. Dia tinggalkan kami tanpa nafkah.”luah individu tidak dikenali itu.

Bapa tiada pekerjaan tetap

Bukan itu sahaja, difahamkan bapa individu terbabit tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan segala perbelanjaan ditanggung oleh ibunya.

“Dahlah tak ada kerja tetap. Mak saya pula kena tanggung. Dia bersedap saja keluar 40 hari lari dari tanggungjawab. Penting sangat ke tabligh?”luahnya.

Tindakan tersebut membuatkan dia merasakan bapanya itu seseorang yang mementingkan diri sendiri dalam mengejar amalan kebaikan dan ilmu keagamaan.

“Saya rasa macam dia seorang sahaja beribadah nak masuk ke syurga. Orang lain tak payah, kena support dia. “soalnya.
Salah pergi tabligh kot?

Luahan itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati sebaik sahaja mendapat tahu kelakuan bapa individu berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri daripada tanggungjawab.

Malah, tidak kurang juga ada yang mengatakan bapanya itu berkemungkinan silap menyertai kumpulan tabligh.

Ini semua salah ayah awak sebab tak jalankan tanggungjawab, bukan tabligh

Sumber: oh my media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!