Connect with us

Uncategorized

Subhanallah… Remaja Dijemput Ilahi Ketika Perjalanan Jadi Imam & Mengajar Al-Quran.. Wajahnya Sangat Tenang Seperti Tidur – Sumber Maklumat Media

Published

on

Subhanallah… Remaja Dijemput Ilahi Ketika Perjalanan Jadi Imam & Mengajar Al-Quran.. Wajahnya Sangat Tenang Seperti Tidur

SETIAP yang hidup pasti akan merasai mati. Cepat atau lambat ianya tidak pasti lagi. Namun, ramai yang mendambakan kematian atau pengakhiran yang baik iaitu disebut sebagai “husnul khatima”.

Pengakhiran yang mulia, itulah kata-kata yang tepat digambarkan kepada Muammar Ashraf Ahmad Faizul, 21, yang kematiannya dicemburui dan menjadi bualan ramai.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sifat yang sangat istimewa kata bapanya, Datuk Ahmad Faizul Ghazali, 44.

Pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang, Kuantan pada Jumaat lalu sangat lancar dan diiringi ribuan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang pernah mendidiknya, rakan pengajian, kenalan, keluarga serta penduduk setempat.

“Bukanlah tujuan saya berbangga mendedahkan sifat anak kepada khalayak bagi saya semua orang ada kebaikan masing-masing cuma ini lebih kepada inspirasi, dakwah dan teladan sekaligus menjawab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.

“Muammar adalah seorang anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan adik-beradiknya, malah kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.

“Muammar juga lebih suka memilih berkawan dengan orang terbuang (yang tidak dipandang atau dijauhi orang lain) itu caranya memul!akan dan memberi sokongan terhadap orang itu.

“Rutinnya, dia sering bangun malam menunaikan solat taubat dan hajat untuk keselamatan kami semua.

“Arwah juga amat penyayang dengan haiwan seperti uIar, kucing dan burung seboleh mungkin dia akan cuba mencari jalan untuk membantu,” katanya.

Menurutnya, peluang menyaksikan wajah Muammar yang tenang ketika memandikan jenazahnya bersama guru pengajian anaknya itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Keadaan jasad Muammar suci bersih. Wajahnya sangat tenang seperti tdur nyenyak.

“Urusan pengebumiannya sangat lancar dan cepat serta dipimpin seorang tokoh al-Quran dari Syria, Syeikh Mustofa Zaidan yang turut bersama sejak awal lagi.

“Keh!Iangannya memang tiada galang ganti dan suatu keh!Iangan bes4r buat kami, tetapi kami sangat terharu mengenangkan cara dia pergi dengan segala kurniaan Allah ini sed!kit sebanyak membaluti segala kɛdukaan kami semua.

“K4mi reda dan menganggap ada h!kmahnya mudah-mudahan dapat menumpang syafaat darinya,” katanya sambil menjelaskan anaknya itu adalah penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar.

Ahmad Faizul berkata, memang ada perubahan ketara Muammar tunjukkan sej4k sebulan sebelum pemergiannya lagi, namun mereka sekeluarga tidak terlalu memikirkannya.

“Sehari sebelum kemalangan, dia beriya-iya minta mengadakan majlis sambutan hari lah!rnya walaupun tarikh lahirnya pada 7 Ogos.

“Dia mendesak supaya buat awal sebab macam tidak sempat katanya.

“Sebagai bapa, saya bel!lah barang keperluan termasuk kek dan bel0n demi menuruti kehendaknya.

“Pada malam itu, dia ada memberitahu kek ini yang terakhir dia makan, selepas ini tidak dapat makan lagi.

“Kami juga tidak terfikir apabila dia juga memaklumkan bulan Ogos nanti tidak sempat menyambut kelah!rannya selain kerap meminta merakam gambar kenangan,” katanya.

Menurutnya, Muammar kemaIangan pada keesokkan harinya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat dia berkhidmat sebagai guru mengaji dan asas pengajian agama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Muammar menunggang motosikal dari rumah kami di Sungai Karang meng!ringi datuknya yang berkereta ke rumahnya di Batu Hitam, Beserah pada 6.30 petang, 7 Julai lalu.

“Selepas selamat menghantar datuknya pulang, dia ke tempat mengajar di Cenderawas!h kira-kira 10 kilometer dari Batu Hitam sebelum terbabit dalam kemaIangan di situ.

“Motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan hingga menyebabkan bahunya patah dan parah di kepaIa,” katanya.

Muammar koma selama dua hari selepas selamat menjaIani pembedhan membuang pendrahan di kepaIanya.

“Pemeriksaan dotor mengesahkan Muammar mengalami keretakan pada tempurung kepaIanya serta pendarahan teruk di bahagian 0tak.

“Selepas selesai pembɛdahan, dia koma dan memerlukan bantuan mesin pernafasan sehinggalah kira-kira 10 pagi pada Jumaat lalu, doktor mengesahkan peluangnya tipis apabila otaknya tidak berfungsi.

“Ketika itu kami dapat lihat keadaan Muammar sedang nazak apabila tangan kakinya semakin sejuk dan perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir sebelum mesin pernafasan dimatikan pada 11 pagi.

“Sebgai bapa, detik itu memang satu perasaan yang sangat menyayat hati apatah lagi mengenangkan sifatnya yang sangat istimewa bagi kami semua,” katanya.

Ya Allah…Ampunilah segala dosa-dosa Muammar Ashraf dan masukkanlah dia ke syurga-Mu Ya Allah… Aminnn…

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!