Connect with us

Uncategorized

“Tiada malaikat atau syaitan”… Erma Fatima tanya Zul Ariffin ‘siapa suruh muat naik video itu ?’ – Sumber Maklumat Media

Published

on

“Tiada malaikat atau syaitan”… Erma Fatima tanya Zul Ariffin ‘siapa suruh muat naik video itu ?’

“Tiada siapa malaikat atau syaitan!”

Itulah reaksi penerbit drama Perempuan Itu iaitu Erma Fatima menjawab kenyataan yang dikeluarkan Zul Ariffin selepas akt0r itu menerima hukuman denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada pagi Selasa.

Menurut Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahman Ali, 54, dia tidak mengetahui mesej itu ditujukan kepada siapa kerana hanya Zul lebih mengetahui maksvd kenyataan tersebut.

Erma Fatimah tidak tahu kenyataan Zul Ariffin untuk siapa.

“Hanya dia sahaja yang tahu, saya rasa dia lebih m3ngetahui apa yang dia ucapkan dan kenapa dia bvat begitu.

“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan… ini adalah t4nggungjawab setiap manusia terhadap karier. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada t4nggungjawab dia. Saya sebagai produser juga ada t4nggungjawab.

“Kalau dia kata orang lain malaikat, saya pun tak tahu siapa malaikat itu. Bagi saya apa yang berlaku ini adalah pesan kepada semua orang termasuklah diri saya, pengarah dan juga pelak0n lain,” katanya kepada mStar.

Mengulas lebih lanjut mengenai hvkuman denda itu, Erma berkata kesalahan Zul adalah kerana memuat naik video tersebut.

Sebagai seorang pelak0n, Erma berpendapat mereka perlu menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu p3rkara meskipun menerima arahan daripada orang lain.

“Ini bukan masa untuk menuding jari dengan menyatakan… kau syaitan aku malaikat.

Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Zul. Bagi saya bukan Zul seorang yang bersalah.

“Saya tak mampu nak berkata apa-apa sebab dalam hal ini dia yang muat naik dan dia sahaja yang tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.

“Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tidak akan membodohkan diri kita untuk membuat sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus fikir di mana dia nak m3letakkan diri dia sebagai seorang pelak0n.

“Saya tidak tahu dan tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Zul. Bagi saya bukan Zul se0rang yang bersalah… salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini, tetapi dia yang muat naik (video) itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?” ujarnya.

Adegan Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

 

Sementara itu, Erma berkata dia menghormati keputusan yang dibuat mahkamah dan baginya jika kesalahan tersebut melibatkan produksi yang membikin drama, sudah pasti pihaknya juga akan dijatuhkan hukuman.

Bercakap mengenai drama kontroversi tersebut, Erma berkata dia juga masih belum pasti waktu tayangan memandangkan masih banyak yang perlu diperbaiki semula.

“Mahkamah meletakkan k3salahan kepada Zul bukan sebagai pembikin video tetapi kerana memuat naik video itu. Kalau mahkamah menentukan kes itu kepada pembikin, sudah tentu pengarah kena juga (hukuman).

“Buat masa ini saya masih belum tahu lagi status bila drama itu akan ditayangk4n,” katanya.

Zul Ariffin ketika berada di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.

Terdahulu, Zul didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor atas pertuduhan m3muat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial pada Mac lalu.

Zul membuat p3ngakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.

Pendakwaan terhadap pelak0n itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kata pelak0n filem Sangkar ini, dia reda menerima hukuman dan enggan memanjangkan isu ini kerana tidak mahu membvang masa ramai pihak.

“Kita tak payah nak bercakap pasal kebenaran, orang pun tahu sebab semua orang tengok.

“Tak mengapa… tiada tindakan lagi dari saya sebab lain yang terbabit semua malaikat, saya seorang sahaja tidak,” katanya.

Pada Mac lalu, perk0ngsian video Zul mempromosikan drama Perempuan Itu di laman Instagram miliknya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video memperlihatkan Zul mendukung aktres Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelak0n wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum m3nghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem lucah.

Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.

Sumber:mStar

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!