Uncategorized
Suami maut kemalangan tak sempat tatap zuriat sulung – Sumber Maklumat Media

Suami maut kemalangan tak sempat tatap zuriat sulung
KUALA TERENGGANU – SEORANG tukang gunting yang sedang menanti kelahiran anak sulung maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Kota Bahru berhampiran Kampung Kubang Jela di sini malam tadi.
Sewaktu kejadian, Khairino Fahmie dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Teluk Menara di sini selepas selesai bekerja di kedai gunting rambut di Seberang Takir, Kuala Nerus.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, mangsa, Khairino Fahmie Khairul Anuar Bashah, 25, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda Spacy yang ditunggangi mangsa dari arah Batu Enam, Kuala Nerus dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal dinaiki seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.
Difahamkan remaja itu yang menetap di Kampung Kubang Jela di sini mahu melintas jalan untuk membuang sampah di kawasan tong sampah awam yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.
Impak kemalangan itu menyebabkan Khairino Fahmie tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah motosikal Benelli RFS dinaiki seorang lelaki berusia 20-an.
Khairino Fahmie meninggal di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa pula cuma cedera ringan.
Mayat Khairino Fahmie telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Sumber : wow berita
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis