Connect with us

Uncategorized

Kecewa tunang buat hal, pemuda jalan kaki tengah malam sambil menangis – Sumber Maklumat Media

Published

on

Kecewa tunang buat hal, pemuda jalan kaki tengah malam sambil menangis

Setiap pasangan yang bercinta pasti menyimpan hasrat untuk membina mahligai bersama.

Namun begitu, setiap hubungan semestinya mempunyai halangan dan dugaan apabila menuju hari bahagia mereka.

Begitu lah yang dialami oleh seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ibupunya di laman TikToknya, dia sedang berjalan kaki sambil menangis di kawasan yang sunyi pada waktu lewat malam.

Difahamkan, lelaki itu bertindak sedemikian kerana kecewa tunangnya membuat ‘hal’ dan meninggalkannya selepas ditanya oleh individu yang menemuinya di lokasi berkenaan.

Dalam keadaan yang lemah dan letih, individu yang berada di situ meminta dia untuk berhenti dan menenangkan dirinya bagi menggelakkan kejadian buruk yang berlaku kepada dirinya.

Kesiannya, semoga tabah!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati kepada lelaki berkenaan dan perkara tersebut bukan satu bahan jenaka untuk ditertawakan.

Kuatkan semangat! Bunga bukan sekuntum
Bukan itu sahaja, netizen juga menitipkan kata-kata pesanan buat lelaki itu dan mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan kelak.

Sumber: oh my media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!