Connect with us

Uncategorized

Disebakan kemiskinan pelajar tolak tawaran masuk MRSM, dia lebih memilih jaga mak ayah dan adik di rumah – Sumber Maklumat Media

Published

on

Disebakan kemiskinan pelajar tolak tawaran masuk MRSM, dia lebih memilih jaga mak ayah dan adik di rumah

Perkara yang sangat menyedihkan di dalam kehidupan apabila seseorang yang bijak tidak berpeluang untuk meneruskan pengajian disebabkan alasan dan kekangan yang tertentu.

Pada masa yang sama, kita sebagai manusia juga tidak boleh melawan takdir yang telah ditentukan.

Nurfatin Hanis Abdullah Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Kedah, mengharungi jerih-perih untuk mengimbangi di antara tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan berbakti kepada keluarga.

Mohd Daud melawat keluarga Nurfatin di rumahnya

Nurfatin juga pernah mendapat tempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tetapi tidak diteruskan kerana keadaan keluarganya pada masa itu yang tidak mengizinkan.

Namun begitu, rintangan yang banyak tidak pernah menjatuhkan semanagat Nurfatin untuk meneruskan kehidupan.

Keadaan rumah Nurfatin yg serba kekurangan

Dalam satu perkongsian di media sosial oleh pemilik baharu Kedah FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar, pelajar berkenaan dikatakan mengambil tugas menghantar dan mengambil adiknya di sekolah dan dia adakalanya terpaksa ponteng kelas.

Mohd Daud menyatakan keadaan rumahnya sebagai ‘daif dan teruk’ dengan banyak lubang di bahagian lantai dan bumbung.

Nurfatin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan ibunya menghidap depresi manakala bapanya lumpuh sebelah badan sejak awal tahun ini.

Melawat rumah Nurfatin

“Kadang-kadang Nurfatin tidak dapat hadir ke sekolah. Hal ini dibebakan dia terpaksa menghantar ayahnya buat fisioterapi. Apa-apa pun Nurfatin tetap cemerlang dalam pendidikan. Ibunya juga tidak sihat,” tulis Mohd Daud.

“Dia sedar yang dia mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ahli keluarganya di rumah.Semua kerja sekolah dia selesaikan terus tanpa berlengah serta fokus dan tak main-main.

“Keadaan rumahnya sangatlah tak kondusif. Bilik tak ada. Memang satu keluarga akan duduk berkumpul dekat tengah rumah. Nak belajar pun tak ada privacy.

Pengetua SMK Sik ketika dihubungi mStar berkata Nurfatin adalah seorang pelajar yang pandai membahagikan masanya.

“Tidak dinafikan Nurfatin adalah seorang pelajar yang sangat pandai. Dalam batch dia ada 151 pelajar dan dia dapat tempat ke-3 dalam peperiksaan pertengahan tahun.

Difahamkan, pihak sekolah menyediakan makanan di kantin secara percuma untuk pelajar ini dan kosnya antara RM2.50 hingga RM4.80 setiap hari.

“Dengan kekangan yang dia ada tetapi masih mampu dapat pencapaian yang cemerlang. Sebab itu saya letak nama Nurfatin untuk diberikan penghormatan ini,” katanya bangga.

Sejak bapa Nurfatin diserang strok, dia tidak dapat melakukan kerja-kerja kampung seperti biasa untuk mencari rezeki dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

Kini Nurfatin berpeluang mengubah nasib hidupnya apabila Kedah Darul Aman FC bersetuju membiayai kos pembelajarannya sebagai anak angkat mereka.

Mohd Daud ketika turun padang melawat rumah Nurfatin pada Ahad berkata air matanya mengalir membayangkan kecekalan pelajar itu.

“Kelopak mata saya terasa berat. Air mata halus mula menolak keluar. Saya datang ke sebuah rumah yang berlubang-lubang tapi berjumpa seorang hero hebat. Unsung hero.

“Fatin, kami dari pasukan bola sepak Kedah Darul Aman ingin mengambil Fatin sebagai anak angkat. Kami akan tanggung perbelanjaan Fatin sampai SPM,” kata Mohd Daud.

Sumber:mStar

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!