Connect with us

Uncategorized

Selamat Lahirkan anak selepas Wanita Koma DiBelasah Suami Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

Published

on

Selamat Lahirkan anak selepas Wanita Koma DiBelasah Suami Keluarga Namakan Bayi Sempena “Perjuangan” Jahidah

Syukur alhamdulillah Jahidah yang sedang koma selamat melahirkan anaknya dengan cara pembedahan dan anaknya diletakkan dalam incubator kerana dilahirkan belum cukup bulan.

Bayi itu selamat dilahirkan

Jahidah Nordin, 43, wantia yg sedang hamil dipukul oleh suaminya sehingga koma, memilih nama yang membawa maksud kepada perjuangan, bayi itu selamat dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) pada malam Selasa yang lalu.

Adiknya, Fazariah Nordin, 38, berkata, sebab keluarga memilih nama itu kerana tragedi hitam yang menimpa kakaknya sebelum ini

“Kami belum mengetahui jantina bayi itu kerana doktor mahu waris yang datang untuk membuat pengesahan,” katanya.

Katanya lagi, berdasarkan imbasan yang telah dibuat beberapa kali , doktor mendapati bayi itu adalah lelaki.

Sempena “Perjuangan” Jahidah bayi dinamakan

“Dengan membawa maksud perjuanganku kegembiraan memperoleh kejayaan, Nama yang dicadangkan ialah Jihady Nasywan.

Menurut Fazariah , hanya kakaknya yang berkesempatan melihat bayi itu ketika datang ke hospital, namun tidak dibenarkan untuk memegangnya.

Bayi Selamat dilahirkan

“Kak Fauziah pun tidak dapat melihatlagi keadaan kak Jahidah. Tapi kami berasa lega bila diberitahu yang dia dan bayi seberat dua kilogram itu selamat.

“Sebelum ini, pihak hospital maklumkan kak Jahidah akan bersalin secara pembedahan pagi ini (Rabu) antara jam 8 pagi ke 9 pagi.

“Tapi malam tadi (Selasa) ketika kami mahu memulakan majlis bacaan Yasin doa selamat untuk kakak, pihak hospital telefon beritahu air ketuban sudah pecah dan pada jam 11.20 malam semuanya telah selamat,” katanya.

Kata Fazariah lagi, selepas mengetahui khabaran itu, perasaannya bercampur aduk, namun berasa lega kerana penantian keluarga selama ini telah berakhir.

Jahidah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.

Difahamkan bayi kakaknya itu terpaksa diletakkan dalam inkubator kerana dilahirkan pramatang iaitu 37 minggu.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Wanita itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi

Doktor memberitahu bahawa wanita itu bakal berhadapan dengan pelbagai komplikasi respiratory distress (kesukaran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian.

Pada kejadian 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya.

Suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.Pada 17 Jun lalu.

Sumber:Keluarga

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!