Connect with us

Uncategorized

Walaupun Hanya Dapat Untung RM5 Sehari Warga Emas Tetap Gigih Jual Kuih Untuk Sara Isteri Dan Seorang Anak Kelainan Upaya – Sumber Maklumat Media

Published

on

Walaupun Hanya Dapat Untung RM5 Sehari Warga Emas Tetap Gigih Jual Kuih Untuk Sara Isteri Dan Seorang Anak Kelainan Upaya

MESKIPUN hanya memperoleh untung sekitar RM5 sehari, ia tidak berputus asa seorang warga emas mencari rezeki yang halal harian dengan menjual biskut dan kuih di tepi jalan.

Hairuddin Mad Sariff, 73, Bapa kepada lima anak itu, berkata, gerainya berteduhkan payung usang sumbangan seorang rakan di hadapan stesen minyak dekat Bukit Beruntung sejak tujuh tahun lalu.

Berdasarkan sumber, dia menjual kuih dan biskut di tepi jalan.Biskut yang diletakkan di dalam balang berharga antara RM3 hingga RM10 seawal jam 8 pagi hingga 3 petang.

“Dahulu saya pernah menjadi seorang pengawal keselamatan selama 20 tahun.Saya terpaksa berhenti kerja disebabkan umur yang sudah tua.Selepas berhenti menjadi pengawal keselamatan saya mencari tin kosong untuk cari duit belanja.

“Ada seorang kawan cadangkan saya jual kuih dia.Dia seorang pembuat kuih bahulu tapi bila dia dah men1ng gal dunia, saya beli kuih dan biskut di pasar raya untuk dijual semula.

“Ada juga orang letak kuih kat saya tapi untung tak banyak sebab balang besar yang terjual hanya dapat untung RM1 dan balang kecil, dapatlah 50 sen,”katanya lagi.

Menurutnya, hasil jualan tidak menentu kerana kadangkala berturut hari tiada kuih yang terjual sehingga mem4ksa dia menggunakan wang pusingan untuk belanja harian.

“Cukuplah untuk lepas duit belanja hari-hari dan kalau saya tak jual kuih, apa lagi boleh buat sebab umur pun dah 73 tahun.”

Hairuddin berkata, duit keuntungan akan dibelanjakan bagi membeli lauk untuk isteri dan seorang anak orang kelainan upaya (OKU) di rumah di Jalan Anggerik 4B, Bukit Sentosa.

“Bukan tiap-tiap hari ada orang beli dan paling banyak pun boleh dapat RM10 sehari tapi kalau bulan puasa dekat nak raya, baru ada rezeki lebih.”

Kata Hairuddin lagi, dia akan berulang-alik dari rumah ke tempat niaga setiap hari menaiki motosikal yang diberikan anak yang bekerja di bengkel dekat Shah Alam.

“Saya cuma ada lesen motosikal dan tak mampu nak berniaga guna lori, lagi pun berniaga nak cari duit belanja harian saja.

“Kalau ada motosikal roda tiga, senanglah sikit nak angkut barang dari rumah dan mudah jual kuih atas motosikal itu,”katanya.

Menurutnya lagi, selepas kem4tian isteri pertama yang dikurniakan dua anak, dia mendirikan rumahtangga kedua pada 1980 dan mempunyai tiga anak tiri.

Menurutnya, isterinya, Rokiah Mohammad, 59, tidak bekerja kerana memberi tumpuan penuh terhadap anak bongsu (anak tiri), Hairi Norsaini, 39, yang mengalami mas4lah terenc4t akal sejak lahir.

Anak Kelainan Upaya

Menurutnya, Hairi mampu untuk menguruskan diri termasuk ke tandas namun tidak berupaya bertutur seperti insan biasa.

Sementara itu, Rokiah berkata, empat anak sudah berumah tangga manakala anak bongsu (Hairi) berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 39 tahun.

“Kalau kita cakap, dia faham cuma tak boleh bercakap dan suka melakar apa yang dilihat di televisyen di atas kertas.

“Pen memang sentiasa ada dengan dia dan akan kutip apa saja kertas untuk lukis tapi kadangkala dia akan koyak kertas itu.

“Walaupun keadaannya tidak sempurna, dia mudah diuruskan dan rajin bantu saya kemas rumah dan siram pokok bunga,”katanya.

Rokiah berkata, anak lain tidak meng4baikan mereka dan seorang anak perempuan yang tinggal berdekatan juga sering menjenguk serta membawa makanan.

Sumber:MimbarRaudah

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!