Connect with us

Uncategorized

Bayi meninggal tersedak susu badan,ibu tertidur kepenatan.Si ibu menangis lihat jenazah dimandikan – Sumber Maklumat Media

Published

on

Bayi meninggal tersedak susu badan,ibu tertidur kepenatan.Si ibu menangis lihat jenazah dimandikan

Nasib pilu seorang wanita apabila bayinya meninggal dunia akibat tersedak susu.Wanita itu kelihatan sugul ketika memangku jenazah bayinya.

Bayi yang baru sahaja berusia sebulan yang dikenali sebagai Muhammad Adel Zakuan sempat dibawa ke Hospital Klang untuk menerima rawatan, namun gagal diselamatkan Menurut perkongsian Facebook Mr Wan Chai Official.

“Anak syurga berusia sebulan ini diberi susu badan sebelum si ibu tertidur kerana kepenatan. Tersedar tidur, si ibu melihat bayinya dalam keadaan lemah.

“Adik Zakuan kemudiannya dibawa ke Hospital Klang menggunakan ambulans. Namun Allah lebih menyayanginya. Adik Zakuan disahkan meninggal dunia selepas 30 minit cuba diselamatkan,” ujar pengendali Facebook itu.

“Tak terbayang dugaan yang dihadapi oleh ibu ini. Diuji dengan kehilangan anak tersayang asbab tersedak susu.

Akaun Facebook itu turut berkongsi rakaman video, memaparkan proses memandikan jenazah yang mana ia turut disaksikan ibu mangsa dengan linangan air mata.

Foto meruntun emosi, memaparkan wanita itu sedang memangku jenazah bayinya di dalam sebuah van jenazah turut dikongsi sehingga ia mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Sambil memegang erat jenazah yang telah dikafankan, wanita itu kelihatan sugul kerana masih bersedih dengan kejadian berkenaan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah, tak kurang juga yang mendoakan agar wanita itu terus cekal untuk meneruskan kehidupannya.

Dalam video sama, wanita itu kelihatan sedang menangis di tanah perkuburan sambil memeluk dua lagi kanak-kanak, dipercayai anaknya.

“Ralat si ibu terpancar pada wajah. Semoga ibu ini kuat dan reda kerana bayinya pasti menanti di pintu syurga.

“Besarnya dugaan seorang ibu. Baru bersalin dah diduga sebegini,” tulis beberapa netizen.

“Semoga ibu ini kuat dan tabah. Memang Allah dah takdirkan ibu ini ada anak syurga.

“Salam takziah buat keluarga. Semoga si ibu kuat menghadapi dugaan.

Sumber:mStar

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!