Connect with us

Uncategorized

Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran , Sakit Bukan Alasan!

Published

on

Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran , Sakit Bukan Alasan!

Bibi Khoteha Yusof memberitahu dia tidak pernah meninggalkan membaca Al-Quran dalam kehidupan harian meskipun berada dalam keadaan yang sakit.Kata nenek kepada selebriti dan usahawan tersohor, Neelofa.

Dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun tetap istiqamah membaca Al-Quran kerana percaya ia merupakan penawar terbaik bagi merawat semua jenis penyakit.Kata Bibi yang dipetik dari laporan Sinar Harian

“Saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan saya tetap teruskan bacaan saya dan tak pernah tinggal baca al-Quran.”

“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,”ujar Bibi.

Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan bukanlah alasan terbaik untuk elakkan diri daripada tidak membaca al-Quran.

Tambah warga emas berusia 77 tahun, guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun pada ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Alhamdulillah, semoga kita semua pun tidak melepaskan peluang, ruang dan masa yang ada bagi mendekati al-Quran.

Bibi berkata demikian ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Malah, Bibi juga menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Sumber:Oh My Media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!