Connect with us

Uncategorized

Bawa Beg Dan Kelengkapan Dengan Menaiki Motosikal,Hari Pendaftaran tanpa Ditemani Keluarga.

Published

on

Bawa Beg Dan Kelengkapan Dengan Menaiki Motosikal,Hari Pendaftaran tanpa Ditemani Keluarga.

Masing-masing berkongsi gambar di media sosial sebagai kenangan di hari pendaftaran anak yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti tempatan seluruh negara.Terpancar wajah kegembiraan dan tak kurang juga sedih sebab pertama kali keluar dengan berpisah demi mencari ilmu.

Dengan membawa barang keperluan, kelengkapan pengajian. Mulalah mengimbau kenangan buat mak ayah yang pernah belajar di tempat yang sama.Seronoknya dapat melihat pelbagai ragam mak ayah dan anak-anak semasa hari pendaftaran.

Tidak bagi Lau Lai Kiat , dia tidak seperti keluarga yang lain. Dia hadir pada hari pendaftaran dengan hanya menaiki motosikal. Segala barang keperluan diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.

Ramai yang tertanya-tanya tentang dirinya yang hanya bertemankan motosikal tanpa kehadian orang tuanya untuk berkongsi kegembiran di hari pendaftaran pengajian.

Seorang anak muda yang hadir dengan menaiki motosikal telah dikongsi dalam facebook Universiti Malaya

Pergi Mendaftar Tanpa Ditemani Keluarga

“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya,” kata Lau Lai Kiat mengiyakan soalan kami apabila melihatnya menongkat motosikalnya di tepi padang kawad PALAPES Universiti Malaya.

“Selepas SPM, saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ KL.

“Untuk pendaftaran hari ini, saya bermalam di rumah rakan saya di Putrajaya; setelah mengambil motosikal saya di TBS,” katanya sambil mengelap peluh di mukanya.

Tiba Masa Untuk Membalas Jasa Kedua Ibubapa

“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti. Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” kata mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan ini lagi.

“Saya memilih UM bukan sahaja kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara, malah saya juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan,” kata Lai Kiat, bekas murid SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna.

Melihat kami yang masih terpegun dengan keberaniannya menunggang motosikal untuk jarak yang agak jauh dengan membawa beg pakaian dan kelengkapan pengajiannya (ada yang diikat dengan tali di tempat duduk belakang!), penghuni Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) ini berkata:

“Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas.”

Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini merupakan yang pertama di kalangan ahli keluarganya yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sumber:Mingguan Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!