Uncategorized
Tenang Jadi Tukang Buat Keranda , Lelaki Tinggalkan Dunia ‘Mak Nyah’.

Tenang Jadi Tukang Buat Keranda , Lelaki Tinggalkan Dunia ‘Mak Nyah’.
Rasa-rasanya apa yang mereka fikirkan dengan dunia mak nyah ini sehinggakan penampilan mereka ini mengalahkan perempuan asli.Sedihnya bila tengok seorang lelaki tukar perwatakan kepada seorang perempuan.Sebenarnya dirinya adalah lelaki sejati.
Tanpa disangka dunia mak nyah ini, telah membuka hati untuk kembali ke pangkal jalan. Malah, lebih baik dari sebelum ini.
Inilah yang kisah seorang lelaki meninggalkan dunia mak nyah suatu waktu dulu, kini kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.Kisah ini dikongsikan oleh Muhammad Asrul Abdul Kadir, 38 tahun.
Jadi Diri Sendiri Lebih Baik
“Dah lima tahun saya buat kerja ni. Masa awal-awal jadi tukang keranda dan batu nisan, saya masih pakai pakaian perempuan. Orang tengok atas bawah sebab pelik.”
“Lama-lama saya fikir, macam mana nak berniaga, nak berdepan dengan pelanggan. Kemudian mak saya meninggal pada tahun 2016.”
“Sejak itu saya perlahan-lahan tinggalkan pakaian perempuan. Baju-baju lama masih disimpan, tapi saya dah tak pakai,” ujar pemuda tersebut yang mesra disapa Jun.
“Dekat TikTok saya tunjukkan cerita sebenar. Saya jujur dengan followers, jadi orang pun faham. Kalau saya tak tunjuk gambar, orang asyik tanya soalan sama. Saya penat nak jawab.”
“Yang mana dah lama ikuti tiktok saya, mereka tahu saya macam ni. Yang kecam tu sikit sangatlah, sebab orang tahu kerja saya walaupun saya macam ni. Lebih ramai yang memberikan sokongan.”
“Alhamdulillah, ada juga pelanggan yang menempah batu nisan yang dibuatnya bukan saja dari negeri Kedah tapi juga dari Negeri Sembilan dan Johor.
Selain itu, Jun turut tidak kisa berkongsi gambar-gambar sewaktu bergelar ‘mak nyah’ menerusi aplikasi tiktok, susulan berasa penat dengan pertanyaan netizen.
Jelas Jun, dia mengambil langkah berlaku jujur dan menceritakan perkara sebenar apa yang pernah berlaku dalam hidupnya. Jun juga mengakui tidak kisah dengan tanggapan mereka sama ada baik ataupun buruk.
Muhammad Asrul kini merasa lebih tenang dengan caranya tersendiri dan bergelar sebagai tukang keranda.
Sejak Kecil Lagi Buat Keranda
Bercakap tentang kerjayanya sekarang , Jun memberitahu dia sudah didedahkan dengan pembuatan batu nisan dan keranda sejak kecil lagi dan sejak 5 tahun kebelakangan ini, ia menjadi sumber pendapatannya.
“Saya mula buat keranda masa umur 9 tahun. Batu nisan pula saya belajar masa umur 16 tahun. Masa tu tengok orang buat, kemudian saya beli kayu dan sebagainya, saya cuba buat sendiri.
“Buat banyak kali, daripada tak jadi sampailah jadi keranda. Sekarang dah lima tahun saya usahakan kerja ini, saya buat depan rumah je. Ada juga pembantu, berat nak buat sendirian,” ujar Jun yang turut terlibat dalam urusan memandikan jenazah.
Beritahu Jun juga, dia sendiri sudah menyiapkan keranda untuk dirinya sendiri dan disimpan di dalam rumah.
“Saya sudah simpan kerana untuk diri sendiri, kain kapan pun dah siap serta batu nisan untuk diri sendiri di simpan di rumah. Saya maklumkan pada waris. Jadi mereka tahu dan boleh standby.
Jun kerap berkongsi aktiviti-aktiviti pembuatan batu nisan dan keranda di aplikasi tiktok. Dia juga membuka tempahan untuk sesiapa yang ingin mendapatkannya.
Sumber:Mingguan Wanita
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis